Tips Naikkan Jualan di Facebook – Rahsia Bina Pengaruh

1
345
Tips Naikkan Jualan di Facebook

Tips Naikkan Jualan di Facebook | Jika anda ingin atau sudah memulakan perniagaan secara online, facebook pastinya menjadi lubuk utama anda mencari pelanggan namun begitu walaupun kita semua tahu pengguna facebook sangat banyak tetapi bukan perkara yang mudah untuk kita pancing mereka jika tidak menggunakan umpan yang betul.Oleh itu kami di gkerjaya ingin berikan beberapa tips yang mudah untuk anda membuat ramuan umpan supaya mudah untuk anda pancing mereka tanpa perlu anda membuat promosi besar-besar dan tips yang kami berikan ini juga sebenarnya adalah rahsia jutawan-jutawan facebook dan pakar-pakar seminar online lakukan.

Tips Naikkan Jualan di Facebook – Rahsia Bina Pengaruh

Tips Bina Pengaruh di social Media

  • Orang malaysia kebanyakkan percaya kepada penampilan oleh itu cuba tukar penampilan anda difacebook gunakan gambar profile yang kemas,cover profile yang power dan menampilkan perniagaan anda.
  • Bercerita tentang product yang anda jual di facebook tetapi jangan terlalu extreme just cerita simple2 yang boleh memberi manfaat ” contohnya hari ini 4 orang pm untuk beli product XXX esk mungkin mereka bank in product sya ni boleh hilangkan sakit kepala bla bla bla “.
  • Mula bercerita tentang kejayaan anda (walaupun masih belum berjaya) dengan selitkan pelbagai kata-kata mutiara dengan ini orang mula melihat anda sebagai seseorang yang telah berjaya dalam masa yang sama anda akan menambahkan keyakinan mereka untuk membeli apa sahaja yang anda jual.
  • Berselfie dan makan di tempat-tempat mewah dan bercuti ditempat-tempat menarik disertakan dengan selitan product anda  ini dapat menambahkan lagi pengaruh anda.
  • Bina fanpage anda yang khas untuk product anda.

Tips Perfect Number Iklan di Facebook

  • Selepas anda bina pengaruh anda di profile facebook anda kini tiba masanya anda menyebar luaskan pengaruh anda dengan mengunakan fanpage dan iklan facebook.
  • Kebanyakkan perniagaan online gagal disini apa bila mereka just iklankan product mereka tanpa membuat sebarang pengiraan untung dan rugi oleh itu anda haruslah mengelakkan perkara ini mengunakan teknik perfect Number dimana anda tetapkan jumlah kos iklan dan product yang harus dijual dan jika tidak berlaku sebarang jualan berapakah kos yang terpaksa anda tanggung dan jika anda jualan berapa jualankan membolehkan anda mendapat keuntungan.
  • Make sure anda hanya iklankan product anda kepada mereka yang memerlukan.

Natijahnya untuk memulakan perniagaan online ianya sama sahaja dengan perniagaan offline dimana anda memerlukan masa untuk membinanya namun begitu dengan 2 tips ringkas diatas kami yakin perniagaan anda akan lebih cepat berkembang.Dan apa yang kami berikan ini sebenarnya sama sahaja dengan seminar2 jutawan di malaysia bezanya kami berikan secara percuma dan anda hanya membaca di rumah anda jadi pastinya feelnya kurang masuk :D.

p/s:sebarang pertanyaan mengenai Tips Naikkan Jualan di Facebook boleh tinggalkan diruangan comment kami bersedia menjawabnya.

 

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.