Tips Mohon Kerja Kerajaan | Ramai diantara rakyat malaysia bercita-cita untuk berkerja didalam kerajaan namun begitu tidak ramai yang tahu rahsia-rahsia untuk anda lulus dan berkerja didalam kerajaan jadi hari ini kami ingin dedahkan rahsia bagaimana untuk anda berjaya dan mendapat kerja didalam kerajaan.
Tips Mohon Kerja Kerajaan
Resume kerja kerajaan
Untuk pengetahuan anda resume untuk kerja kerajaan agak berbeza dengan resume untuk mohon kerja swasta dan untuk resume kerja kerajaan anda wajib memasukkan (3) maklumat penting ini:-
- No IC
- Gambar Passport formal
- Taraf pendidikan bersertakan dengan pointer
Susunan dokumen dan sijil yang kemas
Kerja kerajaan sangat-sangat menitik beratkan kekemasan oleh itu sila pastikan anda menyusun semua dokumen-dokumen yang diminta dengan kemas serta mudah untuk anda mencapainya tanpa perlu anda mencari-cari ketika diperlukan.
Semasa mengisi borang permohonan atau mana-mana dokumen sila pastikan anda menulis dengan tulisan paling cantik dan kemas ini kerana pihak kerajaan sangat-sangat menitik beratkan cara penulisan anda.
Pakaian semasa temuduga
Pakaian adalah sangat-sangat mempengaruh dalam proses penapisan sesama temuduga jadi pastikan anda berpakaian secara formal semasa menghadiri sesi temuduga kerajaan dibawah adalah contoh pakaian formal.





Bersedia dengan perkara-perkara dasar kerajaan
Pastikan anda sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat terkini dasar-dasar kerajaan daripada sumber yang tidak menyebelah mana-mana pihak atau parti politik.
Selain itu anda juga dilarang menghadiri sesi temuduga dengan perwatakan seperti berikut:-
Perkara dilarang bagi lelaki:-
- Mewarnakan rambut
- Berkumis melebihi bibir dan janggut yang tidak kemas dan mencecah atas butang baju.
- Menindik telinga.
- Memakai cincin lebih daripada 2 dalam satu tangan.
- Tali leher dengan corak-corak pelik atau kartoon.
- Nafas berbau
Perkara dilarang bagi wanita
- Berpakaian sexy atau nampak bahagian pinggang.
- Warna rambut terlalu terang.
- Rambut yang dilepaskan tidak disisir dengan rapi dan kemas.
- Nafas berbau
Kami berharap dengan tips-tips diatas anda dapat membantu anda untuk mendapat jawatan didalam kerajaan dan jika ianya bermanfaat sila kongsikan kepada rakan-rakan anda yang ingin berkerja didalam sektor awam.
Saya nak mintak pemandu pun susah,sekali pun tak ada panggilan,adik beradik saya tak ada sorang pun kerja dalam kerajaan,susah betol nak dapatkan
Saya harap ada kerja kosong
Sudah banyak kali isi kekosongan tapi tidak ada pernah panggil
masalahnya…sudah dekat 10 kali ujian online tak pernah lulus…….
Nak apply susah…sbb…penerangan ada diberi tapi….borang takde…tekan link…hanya keluar peneranagan dan syarat……..borang pengisian takde…harap maklum
Tidak pernah lulus ujian
Saya sekian lama memohon melalui protal yang disediakan hingga umur semakin meningkat belum pernah menerima lamaran kerja. mohon pencerahan apakah masalah sebenar hingga menyebabkan pencari kerja seperti saya seolah-olah terinyaya.
Berminat untuk menjadi sebagai pemandu kenderaan gred H11 didalam perkhidmatan kerajaan secara kontrak terima kasih.
Berminat kerja sebagai pemandu kenderaan H11 didalam perkhimatan kerajaan dan swasta secara kontrak terima kasih