Tips Menulis Email Permohonan Kerja dengan betul

25
53661
Tips Menulis Email Permohonan Kerja dengan betul

Tips Menulis Email Permohonan Kerja | Zaman sekarang kebanyakkan majikan akan membuat pemilihan awal mencari pekerja baru adalah melalui email oleh kerana itu penting untuk anda semua jobs hunter mengetahui cara yang betul bagaimana untuk anda menghantarkan permohonan kerja melalui email. Berikut adalah perkara yang penting yang harus anda ambil perhatian semasa membuat permohonan melalui email.

Tips Menulis Email Permohonan Kerja dengan betul

Alamat Email anda

Pastikan anda tidak menggunakan alamat email yang kelihatan bodoh atau tidak profesional antara contoh alamat email bodoh dan tidak profesional ialah akujejakagadis-gadis@yahoo.com Pastikan anda tukar kepada nama anda atau nama lain yang lebih profesional contohnya Ahmad98@gmail.com dan pastikan anda sentiasa boleh membuka inbox email anda.

Subject

Subject pastikan tepat dan padat dan pastikan anda tidak membiarkannya kosong contoh subject yang baik ialah ” Permohonan kerja untuk ( Nama Jawatan yang dipohon ).

Body Message

Apabila anda membuat permohonan melalui email anda boleh terus menulis cover letter anda dibahagian body email anda boleh baca tips Contoh dan format cover letter.

Format Resume dan lain-lain dokumen

Pastikan anda menggunakan format PDF dalam semua dokumen yang anda berikan kecuali anda telah diberitahu oleh majikan untuk menggunakan format-format tertentu. Namakan semua dokumen yang dihantar dengan seragam contohnya Ahmadsulaimanresume.pdf,ahmadsulaimansijil.pdf dan lain-lain.

Elak Kesalahan Ejaan

Pastikan setiap anda membaca semua apa yang anda tulis dan semua dokumen dalam keadaan yang baik dan nama-nama dokumen tidak mengandungi sebarang kesalahan ejaan barulah anda menghantarkan permohonan anda.

Kami harap sedikit tips ini boleh memberikan anda sedikit sebanyakkan tentang bagaimanakan cara yang betul untuk anda membuat permohonan melalui email dan kami di gkerjaya mendoakan yang terbaik untuk dan mudah-mudahan anda berjaya dalam apa jua kerjaya yang anda ceburi.

Jika anda ingin mencari Intership mungkin anda boleh membaca post kami yang lepas tentang bagaimanakah Cara Menulis email permohonan Intership.

Jangan lupa untuk kongsi kepada rakan-rakan di sosial media biar seluruh rakan-rakan anda tahu anda seorang yang mengambil berat tentang mereka 😀

 

25 COMMENTS

    • Saya masih bekerja di syarikat orang melayu yg membuat penyelenggaraan untuk jentera tentera askar malaysia.. Yang membuat perisai untuk tentera juga.. Terlibat dengan DSA 2016 .. saya juga special maintanance untuk jentera askar.. Bekerja sudah 2 tahun .. Mahir tentang G Wagon mersc , land rover , van inokom permas , terhadap enjin kereta perisai yang saya pulihkan .. Adnan , mifv , apakah saya layak bekerja untuk deftech juga walaupun saya tiada SPM dan diploma .. Saya pelajar lepasan kolej dahulu dalam bidang automotive , welding pipe , mekatronik Engineering , layak kah saya tuan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.