Tips Dapatkan Wajah Glowing dan Segar semasa temuduga | Penampilan,kekemasan dan keceriaan adalah salah satu daripada perkara yang dilihat oleh panel penemuduga, Jika anda hadir ke sesi temuduga dengan berwajah ketat,serabut dan berpakaian tidak kemas kemungkinan anda tidak diambil berkerja adalah sangat tinggi berikut kami berikan tips bagaimana anda boleh dapatkan wajah yang glowing dan segar semasa sesi temuduga.
Tips Dapatkan Wajah Glowing dan Segar semasa temuduga
Tips ini glowing dan segar ini dikongsikan oleh seorang gadis dari facebooknya yang bernama Norraihan Ismail .
Bahan-Bahan yang diperlukan
- Sediakan Yogurt boleh dibeli dimana-mana pasaraya.
- Asam Jawa turut boleh didapati di semua kedai-kedai runcit.
Cara membuat Masker menggunakan bahan berikut
- Campurkan bahan Yogurt dan Asam Jawa tadi dan gaulkan sehinga sebati.
Cara Penggunaan
- Sapukan pada wajah anda biarkan sehingga 15 minit kemudian anda boleh cuci.
Hasil penggunaan Masker Yogurt dan Asam Jawa
Wajah anda akan menjadi glowing dan segar selain itu mengikut Norraihan Ismail dengan mengamalkan masker yogurt dan Asam Jawa ini cerawat-jerawat juga boleh dicegah. Lihatlah hasilnya dibawah wajah beliau glowing tanpa perlu sebarang makeup.
Bagi kami jika anda ingin pergi mana-mana sesi temuduga Penampilan diri dan wajah yang segar amat diperlukan untuk anda merasa lebih berkeyakinan dan membuatkan panel penemuduga memberikan first impression yang baik terhadap anda, Namun walau bagaimana manapun ianya bukanlah faktor utama untuk anda lulus sesi temduga itu anda boleh baca Kaedah Penilaian Semasa Temuduga yang memberi details tentang kaedah penilaian semasa sesi temuduga.