Tuesday, June 6, 2023
HomeBerita KerjayaTips dan Cara Memulakan Perniagaan Burger Terlajak Laris

Tips dan Cara Memulakan Perniagaan Burger Terlajak Laris

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Tips dan Cara Memulakan Perniagaan Burger | ” Gagal Merancang merancang kegagalan” Perniagaan burger adalah satu perniagaan yang sangat mudah dan boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan jika anda betul-betul merancangnya dengan baik sebelum anda memulakan perniagaan burger anda sendiri oleh itu kami ingin berikan beberapa tips dan cara memulakan perniagaan burger yang mampu menjana pendapatan 5 angka setiap bulan.

Tips dan Cara Memulakan Perniagaan Burger

Berikut kami berikan beberapa perkara yang sangat penting untuk anda lakukan sebelum anda keluarkan modal dan memulakan perniagaan Burger anda.

Resepi Burger Tersedap

Belajar Cara buat burger yang betul

Tahukah anda lebih daripada 90% peniaga burger gagal kerana mereka menyangka untuk buat burger mereka hanya perlu campurkan roti,daging,sos dan sayur maka siaplah burger sebenarnya ini silap. Anda perlu belajar cara yang betul untuk buat burger yang betul-betul sedap,unik dan boleh membuatkan firsttime customer datang kembali membeli burger anda.

Guna Product yang berkualiti

Lagi murah bahan,lagi untung perniaga? Sebenarnya theory ini tidak boleh diguna pakai untuk anda bertahan dan terus maju dalam perniagaan burger anda perlu pamerkan kelainan, Biar untung sedikit asalkan customer anda berpuas hati dan teringat kepada anda jika mereka ingin makan burger.

Lokasi Untuk Perniagaan Burger

Selepas resepi perkara no 2 terpenting dalam perniagaan burger adalah lokasi,untuk pemilihan lokasi anda perlu betul-betul melihat kawasan-kawasan yang berpontensi untuk maju antara perkara-perkara yang perlu anda tahu untuk pemilihan lokasi.

  • Jumlah penduduk sekitar.
  • Jarak rumah mereka dan tempat yang ingin anda buka.
  • Berapa kedai burger yang sedia ada.
  • Berdekatan dengan asrama,sekolah,pusat pendidikan atau tempat tumpuan.

Cipta Tumpuan Go Viral

Bila burger dan sedap, Lokasi dan baik maka mulakan mencipta tumpuan dengan menghiasi stall burger dengan cantik dan menarik, kalau boleh upah ultraman,keluarman badman,untuk promosikan burger anda maka upahlah mereka tapi jangan upah spider man dan deadpool ini kerana mereka sudah jual nasi lemak dan sandwich.

Sekian sahaja perkara yang penting Tips dan Cara Memulakan Perniagaan Burger Terlajak Laris buat masa ini kami harap penulisan ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak perkara-perkara yang penting untuk anda lakukan sebelum membuka bisnes burger anda.

kami harap anda dapat share kepada kawan-kawan anda yang sedang mencadang atau merancang perniagaan burger boleh tekan share button.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments