Temuduga Terbuka Daihatsu Perodua Engine Manufacturing | Pihak Daihatsu Perodua Engine Manufacturing akan mengadakan temuduga terbuka untuk pengambilan Operator Pengeluaran berikut adalah maklumat temuduga.
Temuduga Terbuka Daihatsu Perodua Engine
Tarikh : 4 & 5 September 2016 (Ahad & Isnin)
Masa : 9:00 Pagi – 4:30 Petang
Tempat :Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu,
Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan,
Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu
Maklumat Jawatan Yang ditawarkan
Nama Jawatan : Operator Pengeluaran
Kekosongan : 30 kekosongan lelaki dan wanita.
Gaji: RM1000
Syarat Kelayakan
- Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau SKM dalam bidang automotif.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun.
- Boleh berkerja syif dan kerja lebih masa serta mempunyai mental dan fizikal yang sihat.
Kelebihan Jawatan
Mereka yang berjaya akan diberikan pelbagai kelebihan dan Elaun antaranya adalah seperti berikut:-
- Elaun Kedatangan
- Elaun Pengangkutan( Bas Kilang untuk Asrama)
- Elaun overtime
- Elaun Syif
- Elaun Panas
Kemudahan
Sarapan pagi dan makan tengah hari percuma,surau kantin yang berhawa dingin dan bersih dan lain-lain kemudahan.
Mereka yang berminat diperlawa untuk hadir kelokasi temuduga pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan diatas.
Saya berminat bekerja di kilang perodua di kawasan rawang..adakah masih ada open interview untuk mengisi kekosongan di kilang perodua ini? Dan bagaimanakah cara yang terpantas untuk berhubung dengan kilang perodua dia kawasan rawang