Teknik untuk mencari kerja dengan mudah

0
905
Teknik untuk mencari kerja dengan mudah

Teknik untuk mencari kerja dengan mudah | Jika anda sedang mencari kerja dan masih lagi tidak nampak peluang kerjaya yang ingin anda ceburi hari ini admin nak berikan kepada anda tips bagaimana anda dapat berkerja didalam apa jua bidang yang anda inginkan dengan mudah dan cepat.

Teknik untuk mencari kerja dengan mudah

1. Kenali diri anda

Siapa anda,apakah kelayakan anda dan bidang kerja apakah yang sesuai untuk anda,syarikat manakah yang menyediakan jawatan yang sesuai untuk anda? Semua persoalan ini anda perlu menjawab sebelum anda mulakan langkah pertama mencari kerja, Jika anda tidak tahu search di google jawatan apa yang sesuai dengan kelayakan anda buat research anda sendiri.

2. Sediakan resume / cv

Setelah kenal siapa diri anda dan jawatan yang anda inginkan maka mulakan penulisan resume atau cv anda. Setiap resume/cv adalah berbeza bagi setiap jawatan yang hendak anda mohon dan salah satu teknik yang tepat bagi penulisan resume atau cv sila pastikan anda memberikan kemahiran yang tepat dengan jawatan yang dipohon.

Sila pastikan juga anda menyediakan alamat email dan phone number yang boleh digunakan dan sentiasa jawab panggilan telephone anda, ini kerana majikan hanya akan hubungi anda sekali sahaja.

3. Kenali laman-laman mencari kerja

Jika anda betul-betul inginkan pekerjaan anda perlu/wajib tahu laman-laman sesawang pencarian kerjaya seperti gkerjaya.com, Jobstreet,SPA dan lain-lain yang memberikan iklan-iklan jawatan terkini diseluruh malaysia. Jadi pastikan anda sentiasa alert dengan jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan.

4. Set baju Temuduga

Pastikan anda memiliki seluar,kasut,baju khas yang kemas untuk anda menghadiri mana-mana panggilan temuduga atau karnival-karnival kerjaya yang boleh menarik perhatian majikan, untuk pengetahuan anda cara pemakaian memainkan peranan yang sangat penting semasa temuduga.

Jika lokasi temuduga jauh dan anda perlu bermalam kami sarankan anda menggunakan airbnb bagi menjimatkan kos penginapan anda, Register sekarang admin berikan RM105 boleh klik pada link berikut : Register Airbnb (Promosi limited ).

5. Persiapan Temuduga

Sila pastikan anda datang awal semasa sesi temuduga, membaca sejarah syarikat, membuat research tentang jawatan yang anda pohon dan berlatih menjawab soalan-soalan yang selalu ditanya semasa sesi temuduga, anda juga digalakkan untuk menyediakan soalan-soalan yang relevant  untuk ditanya kepada panel temuduga seperti  mengenai kultur syarikat, gaya pengurusan dan kepimpinan, ekspektasi dan sebagainya.

6. Follow up

Selepas 1-2 minggu daripada tarikh temuduga anda digalakkan untuk follow up majikan anda dengan menghantarkan email follow up yang formal anda boleh rujuk Email Follow-up selepas hantarkan resume/cv.Rumusannya kami sangat yakin jika anda mengikut langkah-langkah yang kami telah sediakan diatas rezeki pasti berpihak kepada anda dan kami doakan kejayaan sentiasa bersama anda apa yang penting jangan putus asa dan teruskan usaha anda.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here