Sunday, May 28, 2023
HomeTips KerjayaTeknik Kerja Ala Bangla Jana Pendapatan RM100 Ribu Sebulan

Teknik Kerja Ala Bangla Jana Pendapatan RM100 Ribu Sebulan

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Teknik Kerja Ala Bangla Jana Pendapatan RM100 Ribu Sebulan | Beberapa hari ini kita di viralkan dengan cerita bagaimana seorang pendatang asing yang datang daripada Bangladesh yang bernama Nasir yang mampu menjana pendapatan sebanyak Rm100,000 sebulan yang kini mempunyai sebuah kilang kecil dan sebuah kereta Audi. Ramai dikalangan rakyat malaysia mengatakan berita ini adalah berita yang palsu dan tipu mana mungkin pendatang asing mampu menjana pendapatan sebegini banyak sedangkan rakyat malaysia sendiri hidup susah dan melarat.

Teknik Kerja Ala Bangla Jana Pendapatan RM100 Ribu Sebulan

Berikutan daripada cerita ini kami tertarik untuk memberikan beberapa tips dan teknik  bagaimana seseorang itu mampu menjana pendapatan yang tinggi dengan mempunyai pemikiran yang mampu mengubah kehidupan anda dalam masa jangka yang panjang.

Hentikan Budaya Berhutang

Mengikut perhatian admin, kami melihat terlalu banyak remaja-remaja malaysia yang berhutang hanya untuk kelihatan mewah dan ianya perkara yang amat bimbangkan bagaimana seseorang yang gaji sekitar RM1200 sanggup berhutang selama 30 bulan lebih hanya untuk memiliki Iphone 6. Jika anda tidak berhutang hanya untuk kelihatan mewah kami yakin anda boleh mengunakan lebihan wang ini untuk simpanan dan memikirkan cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dengannya dan hidup anda juga tidak terikat dengan kerja.

Jangan Beli Kereta jika tidak perlu

Sudah menjadi budaya seseorang yang baru melangkah kealam pekerjaan pastinya matlamat utama membeli kereta bagi kami jika keluarga anda sudah mempunyai kereta tidak perlu anda membelinya lagi cukup guna motosikal sebagai kenderaan untuk ketempat kerja,kereta adalah satu beban yang tak dapat dibayangkan bagi remaja jadi jika anda memiliki kereta ianya perkara yang mustahil untuk anda berfikir cara lain untuk menjana pendapatan tambahan lain.

Hujung Minggu Waktu Berkerja

Bagi mereka yang bujang gunalah kesempatan ini untuk menambahkan lagi pendapatan bukannya rilex lepak di pasar raya atau pusat hiburan,Tahukan anda bangla disetiap hujung minggu mereka akan mencari peluang-peluang pekerjaan dan melakukan kerja-kerja tambahan seperti memotong rumput,cat rumah, buruh binaan dan lain-lain.Mereka juga sangat rajin dan laju membuat kerja pengalaman admin sendiri yang pernah mengupah bangla untuk renovate ruangan kecil dirumah admin dan dalam masa 2 hari sahaja kerja mereka selesai dengan kemas dan baik dengan upah RM1000.

Asyik-asyik Kerja Government

Anda sudah kerja Gorvernment ianya sememangnya memberikan banyak faedah tapi faedah itu jangan la kita gunakan untuk berhutang jadikan kerja anda sebagai tangga untuk anda berfikir bagaimana cara untuk anda memulakan perniagaan sendiri yang boleh memberikan lebih keuntungan dan jika anda sudah bersedia untuk menjalankan perniagaan anda jangan terus berhenti suruhlah adik beradik atau saudara mara menjaganya terlebih dahulu.Apa yang penting anda tidak tetapkan difikiran anda untuk berkerja didalam government seumur hidup anda.

Ada Ijazah Jangan Belagak

Tahukan anda tahap pendidikan dimalaysia sekarang telah pun meningkat dan boleh dikatakan kebanyakkan rakyat malaysia kini memiliki ijazah jadi jangan terlalu berlagak sehingga anda sanggup tidak berkerja demi untuk menjaga ego anda .Keluar dan cari peluang-peluang pekerjaan dan fikir bagaimana caranya untuk anda memulakan perniagaan anda sendiri jangan malu untuk menjual ditepi jalan walaupun anda memiliki ijazah.

Set Minda Suatu Hari anda Harus memiliki Perniagaan anda sendiri

Perniagaan adalah satu-satunya jalan untuk anda mengubah kehidupan anda menjadi jutawan jadi kurangkan hiburan,bergaya mengikut kehendak,jangan berhutang sehingga terbeban kumpul modal mulakan perniagaan dan terus Istiqamah dalam perniagaan mengikut acuan yang benar kami yakin sesiapapun mampu berjaya.

Rumusannya kami berharap dengan perkongsian ini,anda dapat melihat dunia yang lebih besar memulakan langkah-langkah menghidu setiap peluang-peluang yang terdapat disekitar anda, dan mulakan sekarang jika seorang pendatang asing mampu menjana pendapatan rm100,000 sebulan kenapa tidak anda? Bila hidu Peluang jangan hidu Peluang Palsu yang diberikan oleh pakar-pakar MLM nanti duit melayang hanya air mata yang jatuh berderai.

Baca Bagaimana cara untuk Buat Pinjaman Perniagaan disini.

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

  1. Saya orang Bangladesh saya nak cari kirja. Saya tau bahasa malay dan English skit.
    Kalau adak kedai runcit,mandu forklift,adak nak mau tuan,puan,parsonal assistant…….
    Saya adak permit out sourcing……..
    Terima kashi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments