Wednesday, September 27, 2023
HomeSeluruh NegeriSkim Latihan 1 Malaysia Industri Bekalan Elektrik Sl1M 2016

Skim Latihan 1 Malaysia Industri Bekalan Elektrik Sl1M 2016

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Skim Latihan 1 Malaysia Industri Bekalan Elektrik Sl1M 2016 | Bagi memenuhi hasrat kerajaan dan tanggung jawab social koparat pihak TNB bersama-sama dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dengan kerjasama Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air ingin mempelawa kepada seluruh graduan malaysia yang berkelayakan untuk menyertai SL1M -IBE yang akan dijalankan selama 8 bulan dengan kelas komprehensif dan latihan ditempat kerja didalam pelbagai bidang perniagaan di TNB.

Skim Latihan 1 Malaysia Industri Bekalan Elektrik Sl1M

Syarat Permohonan

  • warganegara Malaysia
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam bidang kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pentadbiran Perniagaan / Sumber Manusia dan Pengajian Undang-undang / Undang-undang dan hendaklah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas
  • SPM / SPMV dengan kredit dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan lulus dalam Pendidikan Islam / Moral
  • Umur 27 tahun dan ke bawah
  • Menganggur selepas menamatkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara
    Jika sedang bekerja, kerja semasa memerlukan lebih rendah daripada kelayakan ijazah (tenaga sepenuhnya)
  • Sanggup dilatih di mana-mana unit perniagaan TNB atau dipilih Kuasa Bebas (IPP)
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isi rumah rendah

Cara Memohon

  • Bagi calon yang melepasi syarat-syarat kelayakan diatas anda dipelawa untuk membuat permohon secara online dengan mengisi segala maklumat di laman web yang disediakan dibawah.
  • Setiap permohonan haruslah diisi dengan lengkap.
  • Permohonan hendaklah sampai kepada kami sebelum 29 Feb 2016.
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
  • Mereka yang belum mendaftar haruslah membuat “pendaftar baru”  sebelum memohon.

Skim latihan bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran kerja selain menambahkan pengalaman kerja dan juga ilmu didalam bidang-bidang yang berkait.

Kelebihan Lain

  • RM1,500 elaun bulanan
  • 8 hari untuk kelayakan cuti yang diperolehi
  • Perlindungan insurans
  • Pembayaran balik perbelanjaan perubatan sehingga RM360

Mohon Sekarang

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments