Home Tips Kerjaya Sikap yang Perlu Ada Untuk Berjaya

Sikap yang Perlu Ada Untuk Berjaya

0
Sikap yang Perlu Ada Untuk Berjaya

Sikap yang Perlu Ada Untuk Berjaya | Didalam kehidupan ini semua orang ingin berjaya dan hidup senang, Namun begitu kita dapat lihat ada orang yang berjaya ada orang yang tidak dan kalau kita lihat diri kita sekarang mungkin kawan kita lebih berjaya daripada kita, walaupun kita mempunyai pendidikan yang tinggi. Oleh itu kami di gkerjaya dengan rasa bertanggung jawab ingin berikan beberapa Sikap yang diperlukan untuk anda berjaya didalam kehidupan anda.

Sikap yang Perlu Ada Untuk Berjaya

  1. Pastikan anda lakukan yang terbaik.

Pastikan anda berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam bidang yang anda pilih jika anda seorang peniaga pastikan anda adalah yang terbaik dikalangan pesaing-pesaing anda. Jangan sesekali perasaan andalah yang terbaik sebaliknya cuba tanya rakan-rakan anda atau pelanggan anda siapa yang terbaik dan kenapa.

    2.  Sentiasa mencari Peluang

Peluang adalah perkara yang hanya datang sekali jadi pastikan anda bersedia untuk menghidu peluang-peluang yang ada disekitar anda, Mencari masalah orang adalah perkara yang terbaik untuk mencipta peluang jadi cuba lihat masyarakat sekitar anda dan lihat apa masalah mereka dan bagaimana anda dapat mengunakan masalah mereka dengan menjana pendapatan untuk anda.Tapi jauhi Perniagaaan MLM.

    3.  Mulakan Langkah Pertama

Perkara yang perlu anda lakukan anda memulakan langkah pertama anda tetapi sebelum anda mulakan langkah pastikan anda sudah membuat kajian terperinci tentang apa yang hendak anda lakukan dan cuba tanya pendapat kawan-kawan dan apabila anda sudah bersedia maka teruskan melangkah.

     4.  Gagal Kunci Untuk Berjaya 

Sebenarnya tidak ada perkataan gagal selagi mana anda terus berusaha untuk jayakan apa yang anda ingikan jadi jika anda berhadapan dengan masalah cuba hadapi dengan tenang dan fikirkan cara untuk menyelesaikannya.

   5.  Sentiasa dan bersedia menerima teguran

Jika anda lihat syarikat-syarikat besar seperti KFC,MCD,PIZZA dan lain-lain pasti akan anda lihat satu kotak “suggestion or commend box” dimana anda boleh menulis untuk beri komentar dan cadangan  jika mereka ada kenapa tidak anda ? sentiasa tanya pendapat customer anda jangan sesekali bersikap tidak peduli kepada pelanggan anda.

Rumusannya inilah lima sikap yang membezakan antara orang yang berjaya dan tidak berjaya jadi cuba lihat apakah sebenarnya masalah anda dan kenapa anda masih gagal.

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here