Semakan Keputusan I-Sinar KWSP | Bagi mereka yang telah membuat permohonan bagi pengeluaran akaun 1 KWSP dibawah program I sinar KWSP anda kini boleh membuat semakan pada 4 Jan 2021 untuk kategori 1 dan 11 Jan 2021 bagi kategori 2.


Cara membayaran
- Bagi kategori 1 Pembayaran Pertama I-sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Manakala untuk kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua atau tiga minggu selepas permohonan dibuat, dan pembayaran akan dibuat pada akhir bulan berikutnya selepas kelulusan diberi.
- Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank milik anda.
- Untuk maklumat lanjut program I-sinar anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah berikan pautannya seperti berikut.
Cara membuat semakan
- Untuk membuat semakan status permohonan anda, sila layari laman sesawang rasmi I-sinar KWSP yang kami telah berikan pautannya dibawah.
- Anda hanya perlu masukkan Nombor MyKad/mYPR dan juga nombor telefon Bimbit anda untuk membuat semakan status permohonan anda sama ada layak atau masih lagi diproses.