Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 | Kepada mereka yang tidak sempat untuk membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 ) anda telah pun berpeluang untuk membuat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) bermula 1-31 Oktober 2020, Berikut adalah maklumat yang harus anda tahu.
Maklumat GKP 2.0
Ianya adalah bantuan kewangan secara one-off bernilai RM3000 yang akan dibayar secara terus ke akaun bank anda kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan
produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Siapakah Yang layak:-
- Rakyat malaysia dan bukannya penerima GKP 1.0 yang sebelum ini.
- Menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000;
- dan Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik;
- dan Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ;
- atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020;
- dan Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Maklumat jawatan kosong kerajaan terkini ( Mohon disini )
Keputusan GKP 2.0
.UPDATE TERKINI KEPUTUSAN GKP 2.0 AKAN DIUMUMKAN PADA 27 NOV 2020.
Umum mengetahui bahawa keputusan GKP 2.0 pada 15 Nov 2020 namun begitu kemaskini terbaru daripada laman sesawang LHDN keputusan GKP 2.0 akan diberitahu dari masa ke semasa yang akan terus di kemaskini melalui laman sesawang rasmi GKP 2.0 yang kami telah berikan pautannya dibawah.
Bilakan Pembayaran GKP 2.0 akan dibuat?
- Pembayaran dijangka kan akan dilakukan dari masa ke semasa selepas status permohonan lulus dikeluarkan pada 27 Nov 2020.
- Pembayaran akan di kreditkan ke akaun persendirian pemohon seperti yang telah didaftarkan pada permohonan GKP 2.0 dan akaun haruslah aktif.
Cara untuk membuat semakan Permohonan
Semakan permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang GKP.Hasil.gov.my dan Log Masuk untuk melihat status terkini permohonan anda.
Status permohonan terbahagi kepada 4 iaitu seperti berikut:-
Permohonan diterima : Ini bermaksud permohonan anda telah pun diterima
Dalam Proses : Permohonan anda masih lagi dalam Proses
Lulus : Ini bermakna anda layak untuk menerima GKP 2.0 dan wang akan dikreditkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tidak Lulus : Ini bermakna anda tidak layak untuk menerima GKP 2.0 sebanyak RM3000
Saya peniaga kecil menjahit atap nipah pks 1.0 saya lulus sebanyak 1.000 jadi kenapa sekarang sekarang ni tidak cuma Saya tiada lesen
yg sudah lulus & dapat gkp 1.0, jadi 2.0 masih dapat duit (cuma tidak perlu mohon lagi, auto bankin?)?
Baru apply
Saya tak dapat semak keputusan pun…dh daftar akaun wujud..bila log in suh daftar akaun…bnyk kali buat kluar benda yg sama..sy call lhdn dr pagi smpai ptg x berjawab2…duk dgr lagu smpai habis lagu..bil tepon pun tggu berlagu gak ni….ada solution?
Saya ada apply gkp 2..tetapi status peemohonan saya tidak lulus. Agensi tidak wujud alasan nya. Jadi apa harus saya buat?
Knp sy punya gkp x lulus ye..apa silap ye sedangkan sy da bg semua maklumat perniagaan..SSM ..lesen majlis semua sy da sertakn..pndapatan sy pun bkn smpai 300k..brniaga kecil2an je pun..
Sy pn x lulus gkp..alasan 01..tidak beroperasi plak katanya..tp sy tgk kod 01 pekerja melebih 5 org..apa sbnr nya yg nk kena buat?xkn nk tgu rakyat merempat dulu dulu ke?
Saya da aply gkp 2.0.status tidak lulus. Agensi tidak wujud alasan nya. Pa sepatutnya saya buat
mungkin tuan tersilap masukkan no pendaftaran dan juga no lesen perniagaan
Kenapa GKP 2.0 saya xlulus.. Adakah ada sebarang maklumat yg sy tertinggal.
GKP 2.0 Tak Lulus Kod 04 Alasan Tidak wujud di agensi apa maksud dia?
Kalau ikut kod 04
04 VIP / Individu berprofil tinggi Berdasarkan semakan agensi(LHDN) Dibenarkan membuat rayuan
BPN pun xpernah dapat, suruh buat GKP dah buat dah. Manade Kerja, income pun xde, VIP apa kebenda?
Sama mcm i. Tak fhm apa yg vip
wasap saya sy bagi link UTK ibu tunggal 0177339130
Kod keputusan gkp 2.0 04….dibenarkan membuat rayuan…apa yg diperlukan untuk membuat rayuan
Belum tahu lagi kita hanya boleh tunggu keputusan yang dibuat oleh LHDN sama ada boleh buat rayuan atau tidak.
Tiada pendapatan tidak bekerja..singgle mother
jikalau saya dengan suami saya sedang mengurus perceraian dan sudah perpisah selama 2 tahun. anak saya sendiri yang jaga, manakala wang bantuan masuk akaun bank suami. macam mana hendak buat [email protected] bantuan rakyat ?
call terus ke LHDN terdekat UTK maklumat lanjut
boleh baca maklumat lanjut di laman sesawang lhdn yang kami telah berikan pautanya dibawah