Resume anda akan dibuang jika lakukan kesalahan ini

0
10233
Resume anda akan dibuang jika lakukan kesalahan ini

Resume anda akan dibuang jika lakukan kesalahan ini | Sudah banyak kali hantarkan resume tetapi tidak pernah dihubungi atau dipanggil untuk di interview? Jika ya anda mungkin melakukan kesalahan yang menyebabkan resume anda dibuang sebelum pihak HR  membaca Resume anda dan berikut kami berikan sebab-sebab resume anda dibuang.

Resume anda akan dibuang jika lakukan kesalahan ini

  1. Kesalahan dalam Resume

  • Sila pastikan resume yang anda buat ringkas dan padat dan elakkan daripada menggunakan resume yang berwarna-warni atau background yang berwarna mengganggu ayat.
  • Tuliskan pengalaman kerja yang berkaitan dengan kerja yang anda mohon dan kalau anda fresh-graduate anda boleh tuliskan pengalaman semasa praktikal dan tugas-tugas yang  dilakukan semasa praktikal.
  • Anda mungkin boleh baca 4 perkara ini wajib ada pada resume anda.

2. Tidak Masukkan Subject

  • Jika anda membuat permohonan melalui email sila pastikan anda memasukkan subject semasa membuat permohonan contohnya ” Job Application: John Smith for Social Media Manager “.
  • Tuliskan cover letter di bahagian Body email anda dan beritahu majikan anda telah attach resume anda dibawah dan sila pastikan resume anda dalam format PDF.
  • Pastikan anda namakan resume anda sebagai RESUME ( NAMA ANDA ) contohnya RESUME ALI SULAIMAN.

4. Contact Yang tak dapat dihubungi

  • Sila pastikan alamat email dan no telephone anda sentiasa aktive dan hidup ini bagi membolehkan pihak HR menghubungi anda jika anda berjaya untuk dipanggil ke sesi temuduga.

5. Tak Perlu Mohon Jika Anda Tidak Layak

Setiap jawatan kosong yang ditawarkan, pihak majikan telah menetapkan kelayakan-kelayakan tertentu dan jika anda tidak melepasi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan anda tidak perlu membuat permohonan.

Kami harap perkongsian ini dapat membantu anda membuat perubahan semasa memohon jawatan kosong dan kami doakan kejayaan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.