Rayuan GKP 2.0 Yang tidak lulus | Berita gembira kepada mereka yang tidak lulus Geran Khas Prihatin 2.0 anda kini berpeluang untuk membuat permohonan rayuan yang bakal dibuka pada 7 hingga 21 Disember 2020.
Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0
- Geran Khas Prihatin merupakan bantuan one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) micro yang berkelayakan.
- Pihak kerajaan telah meluluskan hampir 850,000 PKS micro yang layak menerima one-off sebanyak RM3,000 bagi GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2.55 Billion.
- Pihak kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS Micro. Oleh itu setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Dibawah kami sertakan Kenyataan Media Untuk Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP2.0) di laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.


Anda juga boleh membaca Panduan untuk melanjutkan Moratorium Pinjaman Bank di Pautan yang kami berikan berikut.
Cara membuat Permohonan Rayuan
- Cara membuat rayuan GKP2.0 anda hendaklah Log masuk di laman sesawang yang telah kami berikan pautannya dibawah bermula 7 hingga 21 Disember 2020
- Selepas masukkan Id Pengguna bersertakan kata laluan kemudian klik pada butang semak.
- Bagi permohonan yang tidak lulus berdasarkan alasan-alasan tertentu butang permohonan Rayuan akan dipaparkan untuk membuat Rayuan GKP 2.0 anda perlu clik pada butang Permohonan Rayuan.
- Selepas daripada itu anda perlulah memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan mengikut Jenis Dokumen yang telah ditetapkan, anda perlukan sekurang-kurangnya satu dokumen sokongan.
- Selepas memuat naik anda perluk tanda bersetuju pada ruangan perakuan permohonan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan kemudian klik pada hantar permohonan rayuan.
- Selepas itu anda perlu tekan pop up ok dan semak semula dokumen yang diberikan sila pastikan segala dokumen yang diberikan anda betul dan tepat bagi memastikan permohonan anda disemak dan dinilai sebaiknya oleh pihak LHDN.
Kami berharap permohonan rayuan anda berjaya dan dapat membantu anda meringankan beban kewangan yang dihadapi didalam perniagaan anda semasa musim wabak yang sangat teruk ini dan sila pastikan anda membuat semakan semula bagi memastikan semua maklumat yang diberikan tepat dan betul untuk memastikan permohonan anda berjaya.
Says dah buat Rayuan GKP2.0 tetapi tidak lulus pula..sedangkan dah beri dokumen yang diperlukan..kenapa tidak lulus..Dah lah berniaga pun kurang orang membeli.tanggungan saya ramai.rumah sewa nak kena halau lagi.kais pagi makan pagi.dah buat rayuan rayuan pun tak lulus lagi..harap sangat dipertimbangkan.saya masih berniaga ditepi jalan menjual makanan.tu sajalah punca mata pencarian saya sekarang untuk tanggung anak2.
Sya buat rayuan pun tak lulus padahan ada lesen meniaga ada bukti meniaga sejak pkp mmg langsung x meniaga
Sbb sy meniaga di taman tasik cyberjaya
Sangat berharap dpt gkp
Tp keputusan tetap tak lulus
Alasan 04- TIDAK WUJUD DI AGENSI dan saya bt lg skali rayuan sangat menghampakan SIJIL PENDAFTARAN DIDAFTARKAN SELEPAS TARIKH 31/8/2020… sedangkan syarikat saya telah di tubuhkan pada 2011…dan sy blh tunjukkan bukti…harap org seperti sy dan mungkin ada antaranya yg lain sama nasib macam saya boleh merayu lg skali.Sekian
Sama mcm saya ssm saya dr tahun 2017 just terlambat reniew sebab pkp pertama masa tu, menghampakan betul… harap kerajaan dapat pertimbang kan lg
bilakah tarikh permohonan rayuan gkp 2.0 akan di beritahu statusnya ,,,kerana rasanya dah lama sgt menunggu nie
Saya sudah lama buat Rayuan GKP 2.0, tapi bila tarikh bayaran Rayuan GKP 2.0 akan diberitahu.
Saya memohon bahawa GKP2.0 melalui nama sendiri ,tetapi tersilap letak akaun syarikat. Permohanan saya sudah lulus . Manakala wang tidak dapat keredit ke dalam akaun dengan sebab “Invalid Beneficiary”. Sila memberi tunjuk ajar bagaimana menyelesaikan masaalah ini. Terima kasih.
Terlupa kata laluan..mcm mna nk semak