Rasmi Pengambilan Guru MARA 2022 Seluruh Malaysia | Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa kepada seluruh warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.
Rasmi Pengambilan Guru MARA 2022 Seluruh Malaysia
- Pegawai Perkhidmatan pendidikan DG 41
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji ditawarkan : RM2,188 – RM9,552
Bidang / Subjek yang diperlukan
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Bimbingan & Kaunseling
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Geografi
- Logistik
- Matematik
- Media
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam (Tahfiz)
- Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
- Pengajian Makanan / Bioteknologi Makanan
- Pengurusan Perniagaan
- Prinsip Akaun / Perakaunan
- Reka Bentuk Teknologi
- Sains Komputer
- Seni Persembahan
- Seni Reka Grafik
Lain-lain jawatan terkini Mohon disini
Syarat asas permohonan
Terbuka kepada warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun daripada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 25 April 2022.
Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana muda dari universiti Awam atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang dan subjek yang berkaitan.
Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Sila pastikan anda membaca dengan teliti syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan sebelum membuat sebarang permohonan jawatan,
Cara memohon
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi yang telah disediakan oleh pihak MARA.
Bagi pengguna baru anda hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu manakala mereka yang telah mendaftar anda hanya perlu mengemaskini permohonan anda.
Semua maklumat yang diberikan hendaklah tepat dan betul ianya bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa membuat permohonan.
Rasmi Pengambilan Guru MARA 2022 Seluruh Malaysia