Wednesday, September 27, 2023
HomeTips KerjayaPunca Gagal dalam Perniagaan - Harus baca sebelum meniaga

Punca Gagal dalam Perniagaan – Harus baca sebelum meniaga

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Punca Gagal dalam Perniagaan | Pernah anda lihat situasi dimana apabila seseorang datang menjual air  di tepi jalan dan tiba-tiba muncul lagi seorang meniaga perkara yang sama disekitar peniaga pertama dan terus muncul sehingga satu tahap kesemua mereka kecundang ditengah jalan dan hilang tanpa berita. Tahukan anda kenapa perkara ini berlaku? Berikut kami berikan beberapa sebab perkara ini berlaku dan bagaimana anda boleh mengelakkan perkara yang sama berlaku terhadap diri anda.

Punca Gagal dalam Perniagaan

Kurang Ilmu

Walaupun kita tidak perlukan ijazah atau master untuk berjaya dalam perniagaan namun begitu kita perlukan ilmu perniagaan jangan fikir terlalu mudah,perniagaan bukanlah perkara yang mudah jadi anda perlu belajar dan bertanya bagaimana cara dan jalan untuk meniaga dengan betul.

Ada Ilmu tapi Pendam

Perkara ini adalah perkara yang admin selalu lihat disekitar admin ramai kawan-kawan admin mempunyai akal dan minda yang sangat cerdas dalam perniagaan tapi sayangnya mereka just pendam ideal mereka buat perkasam, Jadi kepada sahabat-sahabat diluar sana yang mempunyai ideal perniagaan yang hebat Y not terjemahkan ideal anda kepada perniagaan yang hebat.

Mahu Jalan Singkat dan Mudah

Tak mahu menjalani langkah-langkah untuk berjaya tetapi mahu berjaya inilah perkara yang paling pelik dalam pemikiran masyarakat kita sebab itu apabila Leader MLM datang bagi tahu Teknik Pantas buat duit Perpusu-pusu masyarakat kita join akhirnya semua kena tipu.Jika anda mahu berjaya dalam perniagaan anda harus sedar tiada jalan mudah untuk meniaga dan tiada jalan singkat untuk berjaya anda harus lakukan setiap langkah satu persatu dan belajar daripada perkara itu ( Gain Experience )

Tidak Fokus

Anda jual Coffee belum sempat anda menyempurnakan rasa coffee tersebut anda sudah jual air buah,belum sempat anda rasa air buah,anda dah mula jual Nasi ayam ramai peniaga berfikir lagi banyak product lagi banyak keuntungan tetapi realiti tidak begini.Sepatutnya anda perlu fokus kepada satu product, Apabila telah berjaya barulah mulakan memikirkan product yang baru.

Mudah Putus Asa

Jika anda sudah tahu anda jenis suka putus asa dan buat kerja sekerat jalan kami nasihatkan anda simpan modal anda,Jika anda mulakan perniagaan kami yakin anda akan gagal kerana perniagaan bukan untuk mereka yang mudah putus asa hanya mereka yang tabah sahaja mampu berjaya dalam dunia perniagaan.

Capture

Cerita diatas adalah cerita yang pernah viral disosial media bagaimana seorang lelaki yang menjual nasi lemak bercerita tentang bagaimana dia hanya berkerja 4 jam untuk mendapat pulangan rm200 sehari,Hakikatnya ianya tidak lah semudah itu cerita belakang tabir seorang penjual nasi lemak yang harus anda tahu ialah petang harus keluar mencari bahan untuk masak, malam harus masak sambal,pagi harus hangatkan sambal,masak ayam,ikan bilis,rebus telur masak nasi dan lain-lain ehh sempat pulak pukul 6 pagi buat semua benda.Dalam perniagaan ada tidak boleh bersangka mudah kerana jika anda sangka ianya mudah tetapi hakikatnya susah anda akan mudah kecewa dan putus asa.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments