Wednesday, October 4, 2023
HomeBerita KerjayaPinjaman Wang Berlesen - Tips Perniagaan

Pinjaman Wang Berlesen – Tips Perniagaan

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Pinjaman Wang Berlesen – Tips Perniagaan | Selalu kita dengar alasan masyarakat kita tidak mulakan perniagaan adalah kerana tidak mempunyai modal, dan inilah alasan yang terus menyebabkan ramai golangan bumiputera masih berada ditahap ekonomi yang seperti sekarang, Sebenarnya modal bukanlah sesuatu masalah yang sukar ini kerana di malaysia terdapat pelbagai agensi kerajaan yang bersedia untuk membantu anda semua memberikan pinjaman modal untuk memulakan perniagaan berikut kami berikan beberapa agensi kerajaan yang bersedia untuk membantu anda memulakan perniagaan.
TEKUN

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga ( Tekun) adalah sebuah badan yang dikawal oleh Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dengan Tekun anda boleh meminjam duit bagi jumlah yang kecil untuk anda mulakan perniagaan kecil-kecilan.

Terbahagi kepada 4 skim Pinjaman seperti berikut.

pinjaman tekun

MARA

Seperti yang kita tahu MARA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan khas untuk bumiputera MARA juga menawarkan pelbagai bantuan perniagaan kepada peniaga yang ingin mengembangkan perniagaannya.Selain daripada bantuan kewangan MARA juga bersedia memberikan anda latihan perniagaan,Khidmat Nasihat dan lain-lain lagi.

PUNB

Ditubuhkan untuk membantu Peniaga kecil dan sederhana bumiputera untuk memasarkan product dengan lebih meluas, Syarat Permohonan anda haruslah mempunyai product yang baik dan berpotensi untuk dimajukan.

Tabung Ekonomi Belia

Sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk meningkatkan jumlah usahawan bagi memenuhi wawasan 2020 tabung Ekonomi belia terbahagi kepada dua skim bantuan perniagaan iaitu Skim Belia Negara (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT).Tabung ekonomi Belia juga memberikan bantuan kewangan diantara rm5000 sehingga rm50000

Skim Belia Negara (SBN) – menyediakan bantuan bagi perkhidmatan pembuatan dan Francais yang disokong oleh Bank Negara Malaysia.

Skim Belia Tani (SBT) – menyediakan bantuan pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. SBT pula disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, iaitu Agro Bank.

Kesimpulannya terdapat pelbagai bantuan perniagaan disediakan oleh kerajaan hanya anda perlu berusaha cara untuk dapatkan,Kami berharap dengan artikal ini ianya boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan anda sendiri.

p/s: Orang melayu jangan terlalu suka kepada perniagaan jenis Forex atau MLM kerana ianya hanyalah indah didengar.

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments