Persediaan hadapi Temuduga Kerajaan

5
6914
Persediaan hadapi Temuduga Kerajaan

Persediaan hadapi Temuduga Kerajaan | Jadi yang terbaik semasa temuduga adalah suatu perkara yang wajib anda lakukan dan kami disini ingin berikan tips dan cara untuk anda bersedia menghadapi temuduga sekaligus membolehkan anda menjawat-jawatan yang anda inginkan.

Persediaan hadapi Temuduga Kerajaan

  1. Ontime dan bersedia

Perkara utama yang wajib untuk anda patuhi jika dipanggil untuk ditemuduga adalah masa dan bersedia dengan segala dokumen yang diperlukan dan menggunakan satu fail khas yang mengandungi dokumen-dokumen asal yang diperlukan seperti berikut:-

  • Kad Pengenalan
  • Surat Beranak
  • Sijil persekolah,sijil peperiksaan dan sijil berhenti sekolah.
  • Sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri (jika ada)
  • Surat panggilan temuduga

2. Semasa hadir ke sesi temuduga

  • First impression adalah kunci kejayaan bagi semua sesi temuduga oleh itu semasa anda menghadiri sesi temuduga pastikan anda berpakaian kemas,berbaju lengan panjang dan berseluar panjang yang sesuai dengan warna baju yang dipakai dan pastikan anda iron baju dan seluar anda).
  • Kasut pastikan berkilat dan memakai stokin, elakkan daripada memakai kasut-kasut berwarna putih,berbelang atau kasut sukan.
  • Rambut pendek melambangkan kekemasan dimalaysia jadi pastikan rambut anda pendek dan disikat rapi dan jika diperlukan guna sebotol pomade.
  • Jika anda mempunyai misai atau jambang pastikan ianya kemas dan rapi.

3. Sebelum masuk ke bilik Temuduga

  1. Apabila anda sampai ke tempat temuduga pastikan anda melakukan perkara berikut:-
  2. Lapor diri kepada kakitangan yang bertugas mengikut bilik temuduga berdasarkan surat panggilan temuduga.
  3. Pastikan semua dokumen yang diperlukan dan disusun seperti berikut:-
  • Surat Panggilan Temuduga
  • Borang maklumat bergambar (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Lahir
  • Salinan Pendidikan(SPM/DIPLOMA/IJAZAH DAN LAIN-LAIN)
  • Sijil berhenti sekolah
  • Lain-lain sijil yang berkaitan

( Semua dokumen diatas adalah bergantung kepada apa yang diperlukan oleh majikan oleh itu pastikan anda membaca dengan teliti keperluan yang diperlukan semasa menghadiri sesi temuduga)

4. Ambil number geliran dan sentiasa bersedia  untuk masuk ke bilik temuduga jika nama anda dipanggil.

4. Ketika Memasuki Bilik Temuduga

  • Pastikan anda ketuk dahulu pintu dan hanya masuk selepas menerima arahan ” Sila Masuk “.
  • Selepas anda masuk jika anda biarkan pintu terbuka maka anda pastinya akan gagal jadi pastikan apabila anda masuk tutup kembali pintu dengan cermat dan perlahan.
  • Berikan salam kepada panel penemuduga beragama Islam dan selamat(pagi,petang,malam) jika mereka bukan beragama Islam.
  • Jangan duduk selagi tidak disuruh untuk duduk dan semasa duduk pastikan anda duduk dalam keadaan sopan dengan badan ditegakkan dan tangan diletakan di atas paha.
  • Anda akan gagal jika anda duduk menyilang kaki,menyandar dikerusi sambil tangan menungkat dagu.
  • Elakkan daripada membawa sebarang benda-benda lain semasa memasuki bilik temuduga contohnya sampul surat,beg,topi keledar dan lain-lain.

5. Semasa Temuduga

  • Serahkan fail yang mengandungi dokumen-dokumen asal kepada panel penemuduga.
  • Pastikan anda bercakap dengan nada yang rendah tetapi jelas dan terang.
  • Hanya bersuara selepas panel penemuduga berhenti bercakap.
  • Menjawab soalan-soalan yang ditanya dengan padat dan tetap tidak perlu meleret atau berdrama.
  • Bercakap dalam keadaan tenang dan tidak menggerak-gerakkan badan tangan atau kerusi.

6. Selepas Temuduga dijalankan

Pastikan anda ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga dan berdiri daripada kerusi anda tanpa mengeluarkan sebarang bunyi kerusi dan bergerak keluar dengan penuh tenang dan tutup pintu dengan cermat.

7. Keluar Bilik Temuduga

  • Walaupun anda sudah keluar dari bilik temuduga tetapi anda sebenarnya masih lagi diduga jadi pastikan anda keluar dengan tenang dan elakkan daripada berbincang dengan rakan-rakan anda diluar bilik temuduga.
  • Dapatkan file-file yang mungkin akan dipulangkan keluar daripada kawasan temuduga dan anda boleh menarik nafas lega dan menjadi diri anda kembali.

Antara Markah yang diambil Kira Semasa Temuduga

  1. Perwatakan dan Personaliti
  2. Kelayakan
  3. Percakapan dan Cara menjawab soalan
  4. Pengetahuan AM,minat dan lain-lain.

Kami harap dengan perkongsian ini anda dapat membuat persediaan awal bagi menjalani sesi temuduga dan seterusnya berjaya mendapat kerjaya yang anda idamkan.

5 COMMENTS

  1. Im doing diploma in computer system administrator diploma kemahiran malaysia of got any work for my studys pls send it tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.