Perniagaan online – Tingkatkan Jualan dengan FB profile | Untuk Tips Peniagaan kali ini kami ingin kongsikan beberapa tips bagaimana anda boleh meningkatkan hasil jualan online anda dengan mengunakan facebook profile.
Perniagaan online – Tingkatkan Jualan dengan FB profile
Langkah Pertama – Friends
Seperti kita semua sudah sedia maklum,facebook hanya membenarkan kita mempunyai kawan sebanyak 5000 orang dan selebihnya akan dianggap sebagai followers oleh itu anda haruslah cari mereka yang betul-betul berminat dengan product anda untuk dijadikan kawan contohnya anda menjual Jubah jadi cari kawan-kawan yang berminat dengan jubah.
Bagaimana untuk anda cari mereka yang berminat dengan jubah? ada dua cara yang pertama anda boleh cari mereka di group2 yang berkaitan dengan jubah dan yang kedua anda boleh cari mereka di FB page yang menjual jubah boleh lihat dibahagian commend dan lain2.
Langkah Kedua – Bina Kepercayaan dan Pengaruh
Didalam perniagaan online kepercayaan adalah kunci utama untuk berjaya dan untuk mendapatkan kepercayaan ini anda harus melakukan banyak perkara antara perkara yang wajib anda lakukan untuk mendapat kepercayaan ini:-
- Guna Gambar Profile anda sendiri.
- Guna nama anda sendiri.
- Update status yang baik-baik dan membantu.
- Jangan terlalu extreme dalam mempromosikan product anda buat secara santai dan bersahaja.
Langkah Ketiga – Bermesra dengan rakan FB anda
Di dunia realiti jika kita mempunyai kawan pastinya kita akan keluar bersama rakan-rakan kita bersembang dan bergembira begitu juga di facebook jika anda sudah add mereka sebagai friends anda haruslah bersembang dan bergembira bersama mereka dengan likes,commend,dan share  status2 facebook mereka supaya mereka berasa mesra dengan anda dan tidak kekok untuk membeli product anda.
Langkah Terakhir –Â SoftSelling
Jika anda terlalu kerap membuat status jualan product di facebook rakan-rakan anda akan menyampah dengan anda, oleh kami sarankan anda mengikuti mengunakan teknik marketing facebook 5:1 dimana sehari anda akan update 5 post dimana 4 post berkaitan apa-apa aktiviti anda dan perkara yang bermanfaat dan 1 post promosikan product anda secara lembut.
Rumusannya dalam perniagaan online perkara yang diutamakan adalah networking dan apa yang kami berikan diatas salah satu daripada beribu-ribu cabang networking oleh itu kami harap post ini dapat membantu anda untuk meningkat hasil jualan anda secara online dengan mengunakan facebook profile.