Permohonan Baru i-Lestari Online KWSP Kini Dibuka

0
6113
Permohonan Baru i-Lestari Online KWSP Kini Dibuka
Permohonan Baru i-Lestari Online KWSP Kini Dibuka

Permohonan Baru i-Lestari Online KWSP Kini Dibuka | Pihak KWSP hari ini telah membenarkan kepada seluruh rakyat malaysia yang masih belum mempunyai akaun i-Lestari KWSP untuk membuat permohonan secara online tanpa perlu ke mana-mana kaunter atau Kiosk KWSP. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon.

Permohonan Baru i-Lestari Online KWSP Kini Dibuka

  1. Layari laman sesawang rasmi ilestari KWSP yang telah disediakan oleh pihak KWSP iaitu ilestari.kwsp.gov.my.
  2. Pilih Permohonan Baru
  3. Isikan segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  4. Pilih Jumlah Amaun yang mahu dikeluarkan Sebulan
  5. Pilih Bank dan Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa ) yang aktif
  6. Tanda Pada Kotak Pengesahan Pengakuan Permohon
  7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU.
  8. Sila pastikan segala maklumat yang diberikan tepat dan betul sebelum menekan butang Hantar.
  9. Permohonan pengeluaran Berjaya dihantar.

Cara Semak Status Permohonan i-Lestari

  1. Layari laman sesawang i-lestari seperti yang telah kami berikan diatas.
  2. Pilih Semak Status Permohonan
  3. Masukkan Nombor MyKad Nombor Telefon Bimbit dan tekan Semak
  4. Status Permohonan akan dipaparkan bagi tujuan Semakan.

Semoga berjaya dan selamat mengharungi WABAK COVID-19 dengan tenang dak takwa stay at home and stay safe.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.