Perkara yang wajib tahu sebelum mohon kerja secara online | Oleh kerana begitu ramai dikalangan kita masih tidak tahu bagaimana cara dan etika semasa memohon jawatan kosong secara online jadi kami disini terpanggil untuk memberikan sedikit tips dan etika untuk anda membuat permohonan secara online dengan betul dan tepat.
Perkara yang wajib tahu sebelum mohon kerja secara online
Baca dan Faham sebelum membuat permohonan
Perkara pertama yang harus anda buat jika melihat iklan jawatan kosong di ruangan facebook atau mana-mana laman sesawang ialah dengan membaca secara penuh iklan jawatan yang ditawarkan dan memahami keseluruhan text.
Kaedah Permohonan
Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan secara online iaitu mengisi form yang telah dibuat oleh majikan dan mengunakan email.
Tips mengisi form
- Jika majikan anda telah sediakan form pastikan anda mengisi setiap ruangan form yang diminta dan pastikan anda menghantarkan segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Tips Memohon kerja melalui Email
- Pastikan anda menulis subject semasa menghantarkan email anda contoh subject email yang terbaik ialah  Job Application : Nama anda dan Jawatan yang dipohon ( Job Application : Sumail for Marketing planning Gred N6.
- Resume dalam format PDF bukan word atau lain-lain selain daripada PDF.
- Pastikan anda tidak zipkan resume atau mana-mana maklumat anda.
- Nama dokumen pastikan betul.
Hentikan budaya PM dan bertanya soalan yang sudah ada jawapan
Kebanyakkan orang yang memilihat jawatan kosong dan mereka berminat kemudian mereka akan tuliskan perkataan PM diruangan komen malang sekali PM anda tidak akan dilayan oleh majikan anda jadi jangan berharap dengan PM anda majikan akan menghubungi anda.
Tanya soalan yang ada jawapan contohnya didalam text jawatan kosong sudah tertulis terbuka kepada mereka yang berusia 34 tahun keatas kemudian anda tanya soalan saya umur 18 boleh mohon tak?soalan ini adalah soalan yang salah dan amat diharamkan untuk bertanya.
Kami harap dengan perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak cara bagaimana untuk anda lakukan permohonan jawatan secara betul dan kami harap anda dapat kongsikan post ini kepada rakan-rakan anda bagi menghentikan kesalah ini daripada terus berlaku.
sekiranya ada kerja apa sahaja yg ditawarkan saya akan beri kerja sama dalam menyediakan decument tasi yg diperlukan..
email: [email protected]
Kelayakkan pmr n spm apa2 kerja
Mohon apa apa kerja janji ada kerja
pengawal keselamatan kp11
Mohon kerja apa-apa saja
mohon kerja elektrik
Memohon kerja sebagai cashier dimr diy sri muda sekayen 25