Sunday, March 26, 2023
HomeTips KerjayaPerkara yang Wajib ada didalam resume

Perkara yang Wajib ada didalam resume

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Perkara yang Wajib ada didalam resume | Resume adalah sesuatu yang sangat penting dalam permohonan kerja dan 70% daripada Graduan yang memohon kerja ditolak hanya kerana resume mereka tidak mempamerkan kelayakan mereka yang sebenar oleh itu kami menjadi tanggung jawab kami di Gkerjaya.com untuk memberikan anda beberapa tips dan perkara yang wajib ada didalam resume.

Perkara yang Wajib ada didalam resume

Berikut adalah perkara asas dan wajib ada ketika menulis resume anda :-

#Contact Information

Nama, No Tel dan Alamat Email cukup 3 perkara ini ditulis diruangan Contact Information anda tidak perlu memasukkan alamat rumah dan lain-lain alamat yang boleh menyebabkan ruangan ini kelihatan padat dan semak. Selain itu pastikan anda mengunakan alamat email yang profesional seperti [email protected] bukannya [email protected]

#Pengalaman Kerja @ Pencapaian

Mengikut kajian Business Insider perkara yang paling utama dilihat oleh majikan didalam resume anda adalah Pengalaman kerja dan pencapaian kerja anda. Jadi pastikan anda menulisnya dengan baik dan teliti serta berasas jangan sesekali menipu.

#Professional Format 

Jangan sesekali membiarkan resume anda kelihatan serabut dengan pelbagai warna atau hiasan resume yang simple dan padat adalah yang terbaik.

#Mengenal Pasti Jawatan Yang Hendak dipohon

Pastikan anda mengenal pasti apakah keperluan jawatan yang anda ingin memohon dengan ini anda hanya perlu memasukkan maklumat penting dan bersesuaian untuk jawatan yang hendak anda pohon sahaja.

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments