Perkara yang Perlu tahu sebelum main Forex

1
839
Perkara yang Perlu tahu sebelum main Forex

Perkara yang Perlu tahu sebelum main Forex | Dewasa ini Forex trading atau pelaburan forex sangat popular dikalangan rakyat malaysia oleh kerana permintaan tentang ilmu forex ini terlalu tinggi dan sangat mendapat tempat dikalangan rakyat malaysia pelbagai program-program dan seminar-seminar dilakukan oleh broker-broker forex untuk menarik anda melabur bersama mereka oleh kerana itu kami ingin berikan beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum anda bermain forex.

Perkara yang Perlu tahu sebelum main Forex

1. Halal Haram Forex?

60% rakyat malaysia adalah dikalangan orang Islam dan untuk pengetahuan anda majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawasanya forex persendirian yang kebanyakkan digunakan di dunia sekarang adalah haram. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan forex itu harus dan semua bank mengunakan forex sebenarnya mereka tidak faham apakah maksud forex yang sebenar yang sedang popular dikalangan masyarakat dan untuk pengetahuan anda juga Bank yang menjalankan perbankan Islam mereka akan dikawal oleh Panel Syariah yang akan memastikan setiap urusan yang dilakukan adalah berlandaskan hukum syarat. Boleh rujuk disini. dan rujuk disini

2. Forex Perlukan Ilmu atau Perlukan Nasib?

Dalam pelaburan Forex sebenarnya anda tidak perlukan ilmu yang luas ini kerana walaupun anda master dalam melihat pelbagai jenis graft turun naik mata wang anda tidak akan untung jika nasib tidak menyebelahi anda maka anda tetap akan rugi.

3. Telah Banyak yang Rugi

Tahukan sudah banyak mangsa-mangsa yang mengalami kerugian yang sangat besar dan kini sedang sesara diburu oleh pihak bank oleh kerana sifat mereka yang tamak untuk mendapatkan wang secara mudah sehingga sanggup membuat pinjaman bank semata-mata mahu melabur didalam forex.

4. Cari Perniagaan yang lain selain forex

Jika ini tidak boleh itu tidak boleh bagaimana bangsa nak maju bagaimana agama nak maju tahukan anda Islam tidak pernah melarang umatnya untuk menjadi kaya dan berjaya,jika anda ingin kaya dan berjaya cuba lakukan perkara-perkara yang tidak melanggar syarat Insyaallah kita boleh berjaya di dunia dan akhirat.

Rumusannya kami mencadangkan kepada anda untuk berfikir dua atau tiga kali sebelum anda menyertai mana-mana pelaburan forex dan cuba tanya pendapat rakan-rakan anda dan didunia tanpa batasan ini anda dapat membaca sendiri pengalaman orang-orang yang telah gagal didalam forex oleh itu jadikan mereka sebagai pengajaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.