Perkara yang Perlu disemak sebelum Membeli Rumah | Ramai yang ingin membeli dan memiliki rumahnya sendiri namun begitu ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk mempermudahkan cita-cita mereka itu tercapai jadi hari ini kami Gkerjaya ingin berkongsi salah satu cara bagaimana untuk kita memudahkan urusan pembelian rumah dengan membuat semakan diberapa agensi kewangan.
CCRIS
CCRIS atau Central Credit Reference Information System merupakan tempat dimana ianya merekodkan pinjaman-pinjaman anda daripada institusi kewangan seperti pembiayaan kereta, kad kredit, pinjaman peribadi. Maklumat yang dikumpul daripada CCRIS adalah sangat penting untuk Pihak Bank melihat tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia. Anda juga boleh membuat semakan melalui email dengan mengisi form berikut (muatturun).
CTOS
CTOS atau nama panjangnya Sistem Informasi Rujukan. Ianya membolehkan ada menyemak diri anda sama ada disenarai hitam atau sebaliknya. Kadang kita terlupa dan tidak sedar yang kita terkena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik beradik ataupun sedara mara. Jika anda disenarai hitamkan anda wajib menyelesaikannya untuk diputihkan kembali jika tidak anda tidak akan dapat membuat pinjaman perumahan.
DSR
DSR adalah Deb Service Ratio yang mengira Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyak lah pinjaman yang dibenarkan. Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%.
Dokumen Lengkap / Persedian yang Lengkap
Jika kita bersedian dan bersungguh-sungguh anda pasti mampu untuk memiliki apa sahaja jadi kami sarankan anda membuat persediaan berikut sebelum membuat pembelian rumah/Pinjaman Perumahan.
1) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: penjawat awam) (2 Tahun)
3) Surat Pengesahan Majikan (kalau kerja kerajaan boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
4) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau ada bulan tu terima bonus ataupun OT)
5) Penyata EPF (terkini)
6) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut nombor 4)
7) Dokumen sokongan:
i. TH, ASB
ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank tiap bulan. Untuk perkiraan DSR.
iv. Sebarang dokumen boleh menampakkan kau mampu bayar ansuran bulanan.
v. Rekod CCRIS
(pastikan record di bank anda baik dalam tempoh 3 hingga 6 bulan ini dan kalau boleh cuba tambahkan duit-duit lain kedalam akaun anda supaya kelihatan anda mempunyai sumber kewangan yang kukuh.)
Wang Pendahuluan
Pembelian rumah tidak ada 0 pendahuluan jadi pastikan anda mempunyai wang tunai pendahulan sekitar 15% daripada harga rumah yang ingin anda beli,Jadi pastikan anda menghimpunnya daripada sekarang.
Baki Bulanan Akaun Bank
Pihak bank sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan/meluluskan pinjaman perumahan anda,salah satu perkara yang penting mereka akan lihat adalah kemampuan anda dan lebihan setiap bulan.Jadi pastikan anda tidak menghabiskan baki pendapatan bulanan anda.Sila pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya rm500 setiap bulan daripada pendapatan anda ini akan memberikan keyakinan bahawa anda mampu membayar balik pinjaman anda.
Rumusannya untuk membeli rumah anda perlukan perancangan yang panjang bagi membolehkan anda dapat memiliki rumah idaman tanpa sebarang masalah jadi kenapa tidak anda mulakan daripada sekarang.
Untuk maklumat lanjut pembelian rumah anda boleh semak dibank-bank yang berkenaan atau mana-mana egent hartanah yang berwibawa.