Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu

5
52530
Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu

Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu | Adakah CV dan Resume perkara yang sama? Jawapannya Tidak CV dan Resume adalah dua perkara yang berbeza dan wajib bagi mereka yang sedang mencari kerja mengetahuinya.

Perbezaan antara CV dan Resume

Perbezaan Format

  • CV Mengandungi maklumat yang lengkap dan bersturktur tentang pelbagai pengalaman profesional kelayakan dan lain-lain yang berkaitan manakala Resume Mempunyai maklumat yang sama tetapi ditulis dengan ringkas dan padat dan hanya mempamerkan perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • CV biasanya mempunyai 2 ke 3 muka surat dan Resume hanya perlu menggunakan 1 ke 2 muka surat.

Ciri-ciri Perbezaan Antara CV dan Resume

  • CV yang baik mengandungi dua muka surat dan boleh mencapai sehingga 3 muka surat manakan Resume yang baik hanya mengandungi 1 muka surat dan tidak boleh melebihi daripada 2 muka surat.
  • CV menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian termasuk aktiviti sukarelawan dan disusun dengan kronologi yang terkini, Manakala Resume anda hanya perlu menulis pengalaman atau pencapaian yang berkaitan dengan jawatan yang hendak anda pohon.
  • CV biasanya dihantar tanpa perlu menggunakan cover letter manakalah Resume dihantarkan bersama-sama dengan cover letter.

Untuk Mohon Kerja di Malaysia apa yang harus anda guna Resume atau CV?

Ianya bergantung kepada bakal majikan anda jika mereka meminta resume maka anda perlu hantarkan resume manakala jika mereka meminta CV anda perlu hantarkan CV kepada mereka, apa yang penting anda tahu perbezaan kedua-dua ini. Jika sebelum ini anda telah hantarkan Resume yang mengandungi 2 – 3 muka surat ketahuilah itu bukan resume tetapi CV.

Anda berminat untuk muatturun contoh template resume/cv anda boleh muatturun di link yang kami berikan disini Download percuma Contoh Resume cover letter

 

5 COMMENTS

  1. […] Resume dan CV ni memang ramai graduate gagal melakukan admin pun dah letih tulis tutorial tentang tips untuk buat resume yang baik ni . Jadi semasa menulis resume pastikan anda menulis kemahiran anda yang ringkas dan khusus untuk jawatan yang anda ingin pohon manakala untuk CV anda perlu menulis dengan penuh detail tentang diri anda boleh rujuk Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.