Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Pendaftaran Secara Online | Kepada seluruh belia-belia negara yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut.
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Pendaftaran Secara Online
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat asas fizikal dan kelayakan akademik yang anda boleh rujuk dilaman sesawang utama Sistem Pengambilan Perajurit Muda TD (SPPMTD) yang telah kami berikan pautannya dibawah.
Cara memohon jawatan
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara online bermula 10 jun 2021 hingga 30 Jun 2021.
- Bagi memastikan permohonan anda berjalan lancar anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan menggunakan Komputer atau Laptop.
- Semua dokumen yang dimuatnaik hendaklah diupload dengan format PDF dan PNG/JPEG untuk gambar.
- Sila pastikan setiap dokumen jelas dan terang bagi memastikan permohonan anda disemak dan dinilai sebaiknya oleh majikan.