Pengambilan Konstabel dan Konstabel Sokongan sesi 2016 | Kepada seluruh rakyat malaysia yang telah mendaftar permohonan jawatan sebagai Konstabel wanita atau konstabel sokongan (lelaki/wanita) di dalam sistem portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 2014 dan 2015, anda boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh berikut dilokasi seperti yang telah ditetapkan untuk menjalani eksesais pengambilan Konstabel wanita dan konstabel sokong sesi 2016.
Pengambilan Konstabel dan Konstabel Sokongan
Keperluan semasa Menghadiri Eksesais
- Anda perlulah membawa bukti salinan yang mengesahkan anda telahpun membuat permohonan melalui Portal SPA pada tahun 2014 dan 2015.
- Membawa Kad Pengenalan Asas dan satu salinan.
Sijil Kelahiran asal dan satu salinan.
- Sijil-sijil Berhenti sekolah,PMR,SPM dan sijil-sijil tertinggi asal dan satu salinan.
Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu bapa atau salinan sijil kematian.
- Gambar terkini berukuran passport.
- Membawa bersama Seluar pendek,T-shirt Lengan Pendek bagi tujuan Pemeriksaan Fizikal (lelaki/wanita).
Jika anda gagal membawa sijil-sijil asal dan juga salinan seperti yang diminta diatas anda secara automatik tidak akan diterima untuk menjalani eksesais ini
Pakaian semasa Menghadiri
- Pemohon yang hadir haruslah berpakaian sukan yang telah ditetapkan iaitu Track Bottom dan T-shirt Berkolar berserta kasut sukan.
- Jeans, T-shirt, Selipar tidak dibenarkan.
Berikut adalah lokasi dan Maklumat Eksesais dijalankan diseluruh Negeri
Maklumat Penting
- Setiap calon yang hadir haruslah membawa bersama Ball Point Pen,Gam dan Liquid Paper.
- Datang awal dan dinasihatkan untuk sarapan pagi sebelum hadir.
- Calon yang tidak membawa maklumat yang lengkap seperti yang diminta akan diarahkan balik.
Wajib Baca dan Pastikan anda baca  Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.