Pengalaman Kerja di Australia yang harus anda tahu

1
2172
Pengalaman Kerja di Australia

Pengalaman Kerja di Australia | Sejak beberapa tahun ini sudah menjadi trend rakyat malaysia untuk keluar berkerja diluar negara dan antara negara yang menjadi pilihan kebanyakkan warga malaysia ialah singapore dan Australia ini kerana kedua-dua negera ini menjanjikan gaji yang lumayan namun begitu sedarkan anda tentang realiti sebenar disebalik gaji yang besar ini? Berikut kami berikan beberapa luahan hati seorang rakyat malaysia yang telah berkerja selama sebulan di Australia.

Pengalaman Kerja di Australia

Masalah suhu

Rakyat malaysia memang sudah terbiasa dengan suhu yang agak panas namun begitu di Australia suhunya sangat sejuk di waktu pagi dan waktu malam dan mempunyai sinaran uv yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan kulit anda rosak jika tidak menggunakan sunblock.

Tempat Tinggal yang tidak Selesa

  • 2 tandas yang dikongsi oleh 30 orang jadi anda sendiri bayangkan bagaimana caranya untuk mereka mengatur waktu mandi mereka.
  • Dapur yang terbuka menyebabkan mereka sukar untuk memasak diwaktu pagi ini kerana cuaca yang amat sejuk yang mencecah 5 darjah Celsius.
  • Bekalan electric yang selalu terputus dan pihak majikan tidak menyediakan pemanas untuk anda, oleh itu kadang kala anda terpaksa tidur dalam keadaan sejuk dengan beberapa baju serta selimut.

Tenaga dikerah sehingga Kering

Waktu kerja anda sekitar 7 pagi sehingga 4 keĀ 6 petang sepanjang waktu ini anda akan tenaga anda akan dikerah untuk berkerja tidak kira panas,hujan dan anda perlu lakukan kerja dengan cepat dan berkualiti.

Nasihat Kepada mereka yang ingin ke Australia

Kepada mereka yang ingin berkerja di Australia anda harus bersedia mental dan fizikal anda dan bersedia untuk menerima sebarang nasib sama ada buruk ataupun sebaliknya realiti sebagai pemetik buah di australia tidaklah seindah yang disangka.

Nasihat Admin

Nasihat kami kepada anak-anak muda malaysia jika anda tidak mahu generasi kita ini terus berhijrah ke negeri orang hanya semata-mata untuk mencari peluang-peluang pekerjaan kita kena mula berfikir diluar kotak dan mula bertanya kenapa negara kita yang penuh dengan hasil kekayaan ini tetapi tidak mampu memberikan apa yang diperlukan oleh rakyatnya.

Sumber rujukanĀ 

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here