Peluang kerjaya terkini Universiti Teknologi MARA | Kepada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu anda diperlawa untuk segera membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut:-
Peluang kerjaya terkini Universiti Teknologi MARA
- Pensyarah
- Pegawai Hal Ehwal Islam
- Penolong Jurutera
- Pembantu Kemahiran
- Pembantu Penyediaan Makanan
- Pembantu Belia dan Sukan
- Pengawal Keselamatan
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 22 Jun 2020
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon. Anda boleh rujuk pada lampiran yang telah kami sediakan pautannya seperti dibawah.
Cara membuat permohonan jawatan
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Perjawatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu yang anda boleh dapati di pautan kami berikan dibawah.
- Sila pastikan anda membaca arahan-arahan yang telah ditetapkan semasa membuat permohonan bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.