Pelaburan Emas Belajar Asas Pelaburan Saham Emas | Bagi mereka yang ingin atau sedang mencuba untuk memulakan pelaburan emas artikal ini mungkin sesuai untuk anda hadam sebelum membuat sebarang pelaburan emas.Untuk memulakan pelaburan emas dan menjana pendapatan melaluinya tidaklah sesukar dahulu ini kerana sekarang terdapat pelbagai kemudahan untuk kita mulakan pelaburan namun begitu anda haruslah mengetahui syarikat-syarikat yang sah untuk melakukan pelaburan emas iaitu syarikat yang mendapat Lesen pelaburan emas yang dikeluarkan oleh BNM kepada bank-bank berlesen dan TIDAK kepada mana-mana syarikat atau orang perseorangan di Malaysia.
Pelaburan Emas Belajar Asas Pelaburan Saham Emas
Namun begitu pelaburan emas yang ingin kami terangkan disini bukanlah pelaburan yang memerlukan anda melakukan pelaburan yang besar tetapi hanya pelaburan emas dimana anda pergi membeli di kedai emas dan menjual semula selepas harganya melepasi 15% daripada harga anda beli contohnya seperti gambar dibawah.

Keuntungan Pelaburan Emas
Seperti kita semua sedia maklum Emas adalah aset seperti Tanah anda tidak akan mengalami sebarang kerugian dalam pelaburan emas, ini kerana nilai emas sentiasa menaik walaupun kadangkala harganya menurun namun ianya akan kembali naik dari masa ke semasa jadi anda tidak perlu risau untuk menyimpan emas.

Dua Teknik Pelaburan Emas Popular
Dalam pelaburan emas ada pelbagai teknik yang boleh digunakan namun begitu kami ingin memberikan dua contoh teknik pelaburan emas yang popular iaitu
Beli dan Simpan
Beli emas dalam bentuk fizikal simpan dan jualnya.
Daftar Akaun Pelaburan Emas Beli dan jual
Jika anda mendaftar akaun pelaburan emas dengan company2 yang berdaftar dalam  anda boleh melakukan proses jual beli secara online dan dengan cara ini anda tidak perlu masa yang lama untuk mendapat keuntungan ini kerana anda boleh menyemak harga emas dan membelinya dengan pantas dan menjualnya apabila harga naik dengan pantas (real time).
Rumusan
Sebagai rumusan pelaburan emas sememangnya suatu pelaburan yang sangat baik pada masa ini berikutan nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, dan mengikut banyak pendapat pakar membuat perlaburan emas adalah satu tindakan yang baik Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.Namun begitu dengan meningkatnya permintaan ramai orang yang suka menangguk di air yang keruh dengan membuat pelbagai helah untuk menipu jadi pastikan sebelum anda memulakan sebarang pelaburan anda bertanya terlebih dahulu pakar-pakar didalam bidang emas.
Mohon share jika ianya bermanfaat ” Pelaburan Emas Belajar Asas Pelaburan Saham Emas “