Pekerja Sambilan Harian Kampus Jengka UiTM | Kepada warganegara malaysia berstatus bumiputera yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA Kampus Jengka anda diminta untuk memohon sekarang.
Pekerja Sambilan Harian Kampus Jengka UiTM
- Pereka Gred B19
- Kerani Gred N19
Lain-lain jawatan terkini (mohon disini)
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berstatus bumiputera yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
- Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada file PDF yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
Cara memohon
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang dikeluarkan oleh pihak UITM yang kami berikan pautannya dibawah untuk anda muatturun.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama Salinan sijil-sijil dan mengikut
susunan berikut :-
i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
ii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iii. Salinan Sijil MCE/SPM atau setaraf
Permohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat
borang permohonan.