Pekerja Sambilan Harian Jabatan Warisan Negara | Pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH). Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan.
Pekerja Sambilan Harian Jabatan Warisan Negara
- Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Kadar Upah RM54.00 sehari
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya SPM.
- Menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
- Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai sijil kemahiran dalam bidang Elektrik daripada mana-mana institusi yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
- Boleh menggunakan komputer.
Cara Membuat Permohonan
Calon hendaklah mengemukakan resume dan gambar berukuran passport terkini bersertakan dengan dokumen-doukumen yang berkaitan seperti berikut:-
- Salinan Kad pengenalan dan Sijil Kelahiran
- Salinan sijil SPM/SPVM/Sijik Kemahiran dan sijil Taman Persekolahan.
- Sijil Asas Computer ( Microsoft Office )
Semua salinan diatas hendaklah disahkan dan dihantarkan kepada alamat seperti berikut sebelum 16 Feb 2017.