Panduan Permohonan mySPP dengan Betul | Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi salah seorang daripada Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) berikut adalah panduan cara untuk anda membuat permohonan dengan betul.
Pendaftaran
Pendaftaran hanya dilakukan sekali sahaja dengan menggunakan myID oleh kerana itu sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta semasa pendaftaran dengan betul dan tepat terutamanya alamat email bagi memastikan anda boleh dihubungi.

Bagi mereka yang telah mendaftar anda hanya perlu login dan memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan mengikut kelayakan yang telah ditetapkan sila pastikan anda hanya memohon jawatan yang anda layak.
Mengisi Maklumat Pendidikan dan Permohonan Jawatan
Setiap kali anda mengemaskini maklumat diri anda didalam laman sesawang mySPP sila pastikan anda Tekan Butang simpan ini adalah untuk memastikan segala maklumat baru di simpan dan dikemaskini dengan baik.

Selepas anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap anda hendaklah membuat pengakuan Pemohon ini adalah untuk memastikan segala maklumat yang diberikan anda benar dan tepat.

Selepas memastikan semua maklumat yang diberikan betul dan tepat anda haruskan tekan butang hantar dan mereka yang gagal untuk menekan butang hantarkan anda menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.
Semakan Permohonan
Anda boleh membuat semakan permohonan dengan menekan pada pautan Semakan Permohonan dan segala maklumat jawatan yang anda pohon akan dipamerkan di bahagian ini.
Dengan panduan ini kami berharap ianya dapat membantu anda membuat permohonan dengan betul sekaligus anda berjaya diterima menjadi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).
Selamat berjaya dan kami doakan kejayaan anda didalam semua bidang yang anda ceburi.