Tuesday, June 6, 2023
HomeBerita KerjayaPANDUAN MENCARI KERJA DI JOBSMALAYSIA

PANDUAN MENCARI KERJA DI JOBSMALAYSIA

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

PANDUAN MENCARI KERJA DI JOBSMALAYSIA | Jobsmalaysia adalah sebuah laman sesawang yang memberikan anda peluang untuk mencari pelbagai jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan didalam malaysia sama ada dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Laman sesawang ini disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2002 dengan wujubnya laman sesawang jobsmalaysia anda dapat memohon pelbagai jawatan kosong secara online dengan mudah dan cepat, Namun begitu masih ramai lagi mereka yang tidak tahu cara untuk membuat pendaftaran dengan cara yang betul oleh itu pihak gkerjaya ingin memberikan kepada anda panduan lengkap bagaimana cara untuk anda mendaftar dengan betul dan mengisi segala maklumat yang diperlukan bagi memudahkan anda mendapat jawatan yang ingin anda pohon.

PANDUAN MENCARI KERJA DI JOBSMALAYSIA

  1. Langkah Pertama daftar Jobsmalaysia
  • Layari Laman sesawang Jobsmalaysia atau anda boleh klik pada link yang telah kami berikan disini untuk membuat pendaftaran baru.
  • Pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta seperti Nama,No Ic,Kelulusan PMR,SPM dan lain-lain maklumat pendidikan yang diminta pastikan anda isi dengan lengkap dan benar.
  • PERINGATAN Pastikan maklumat berikut telah dilengkapkan :1. Agama,
    2. Negeri Tempat Lahir Ibu dan Bapa,
    3. Bekas Polis/Tentera(Jika Berkaitan),
    4. SPM/MEC/SPVM,
    5. STPM/STP/HSC(Jika Berkaitan),
    6. STAM(Jika Berkaitan),
    7. Pengajian Tinggi(Diploma/Ijazah/Sarjana/PHD),
    8. Profesional dan Iktisas(Jika Berkaitan),dan
    9. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat di Sektor Awam/KPSL(Jika Berkaitan),

    Kegagalan calon melengkapkan maklumat di atas akan menyebabkan permohonan calon tidak didaftarkan di SPP.

2. Langkah Kedua Masukkan Sektor Jawatan di Jobsmalaysia

Selesai mengisi segala maklumat anda haruslah membuat pilihan sektor jawatan yang anda berminat seperti gambar dibawah:-

jobsmalaysia cara cari kerja

3. Langkah tiga Buat Permohonan jawatan yang anda berminat dan layak.

Setelah selesai semua maklumat anda boleh membuat permohonan dengan melayari jawatan-jawatan yang ditawarkan anda untuk mencari jawatan-jawatan yang baru anda hanya perlu buat pilihan di bahagian menu iaitu >> Pencarian Kerja >> Senarai Segera >> Kekosongan Baru dan pilih jawatan jawatan yang anda rasa anda layak untuk memohon.

jawatan kosong jobsmalaysia

Dengan hanya tiga langkah diatas anda berpeluang untuk mengisi pelbagai jawatan kosong terkini daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta jadi anda tidak lagi perlu kabel kerana jika mereka sudah anda calon untuk mengisi kekosongan disini mereka tidak akan iklankan di jobsmalaysia.

Kami harap dengan panduan ini dapat membantu anda untuk mencari peluang-peluang perkerjaan terkini dan jangan lupa untuk layari gkerjaya.com untuk pelbagai jawatan kosong terkini dan share kepada kawan-kawan anda yang sedang mencari kerja.

 

RELATED ARTICLES

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments