Panduan Bagi Lepasan SPM yang Kurang Bertuah | Bagi adik-adik yang kini sedang menunggu keputusan SPM mungkin sedang mencari-cari bidang-bidang yang diminati untuk melanjutkan pelajaran jika anda mendapat keputusan yang cemerlang taniah buat anda,tetapi bagi mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang anda tidak perlu risau kami akan berikan beberapa agensi kerajaan yang menyediakan peluang untuk belajar kemahiran yang mampu memberikan peluang pekerjaan  yang baik dan gaji lebih banyak daripada mereka yang belajar sehingga pangkat master.
Panduan Bagi Lepasan SPM
Sebenarnya ramai dikalangan masyarakat kita terlupa bidang kemahiran adalah bidang yang sangat diperlukan dimalaysia dan ianya juga mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan untuk masa hadapan jadi kepada adik-adik yang kurang cemerlang dalam SPM adik-adik boleh cuba memohon bidang-bidang yang kami sediakan dibawah.
Certificate in Air Conditioning and Cooling
Anda hanya perlu credit satu subjet dan lulus bahasa melayu untuk anda diterima bagi menjalankan latihan di IKM tahukah anda dengan kemahiran ini anda boleh menjana hampir RM10k sebulan jika anda betul-betul melakukannya.
Certificate in Welding Technology
Bidang kimpalan adalah bidang yang paling kurang disertai oleh orang melayu, Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang Welding anda akan dibayar gaji yang sangat mahal dan jika anda mendapat gelaran Golden Hand anda mungkin mempunyai pendapatan melebihi RM100k sebulan.Selain itu anda juga boleh membuka perniagaan kimpalan anda sendiri yang pastinya menjanjikan pulangan yang sangat lumayan.
Certificate in Electrical Engineering (Domestic and Industrial)
Wiring adalah pekerjaan yang sangat mudah dan keuntungan yang sangat tinggi bagi mereka yang mempunyai kemahiran jadi jika adik-adik semua berminat menjadi seorang pakar wiring kenapa tidak memohon bidang ini, tahukan anda tukar mentol yang berharga rm10 boleh dicas sebanyak rm50 jadi bayangkan jika sehari anda boleh menukar 10 biji mentol.
Rumusannya walau apa bidang yang kita ambil jika kita betul-betul minat dan fokus untuk menjadikannya sebagai kerjaya ianya pasti akan berjaya jadi jangan kecewa dengan keputusan SPM anda kerana ianya hanya satu permulaan untuk kehidupan yang sebenar.Mungkin kawan-kawan anda yang bijak pandai akan gelak kepada anda tetapi apabila mereka habis belajar anda pula akan gelak kepada mereka yang masih lagi terkejar-kejar membawa ijazah ke hulu ke hilir sedangkan anda sudah pun mempunyai perniagaan anda sendiri@berkerja.
anda boleh memohon bidang-bidang yang dinyatakan di atas Majlis Amanah Rakyat (MARA)Â disini