MySTEP MAQIS Negeri Pahang | Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang sedang mencari jawatan kosong untuk membuat permohonan bagi mengisi kekosongan dibawah program MySTEP, Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan.
MySTEP MAQIS Negeri Pahang
- Pembantu Tadbir (Perempuan 18 tahun keatas)
Gaji ditawarkan RM1600 sebulan termasuk KWSP dan PERKESO
Penempatan : Pejabat MAQIS Negeri Pahang (Pelabuhan Kuantan)
Syarat asas permohonan
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
Mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Syarat-syarat tambahan
- Mempunyai perwatakan menarik,berdisiplin boleh berkerja dalam kumpulan.
- Boleh bertutur dan fasih dalam bahasa inggeris.
- Berminat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menghantarkan resume anda ke alamat email seperti berikut [email protected]
Sila pastikan anda menyatakan nama jawatan yang dipohon , maklumat peribadi penuh , gambar berukuran passport dan juga dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik sebelum tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 27 Jan 2022.
Anda boleh baca Panduan permohonan jawatan melalu Email MySTEP yang kami berikan dibawah untuk mengelakkan daripada anda melakukan sebarang kesalahan.