MySTEP Lembaga Pembangunan Langkawi 2022 | Rasmi pengambilan terkini jawatan kosong Lembaga Pembangunan Langkawi bagi mereka yang berkelayakan dan berminat jangan lepaskan peluang untuk segera membuat permohonan jawatan dibawah program personel MySTEP berikut.
MySTEP Lembaga Pembangunan Langkawi 2022
- Personel MySTEP Gred Setara 29
Gaji ditawarkan : RM1,800
Lain-lain jawatan terkini dibawah Program personel MyStep
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 26 Mei 2022.
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma Sains Komputer (Pengaturcaraan) dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan-kelayakan yang setaraf dengannya,
- Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek bahasa melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Tugas jawatan
Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa.
Cara memohon
Semua permohonan MySTEP Lembaga Pembangunan Langkawi 2022 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang anda boleh muatturun di pautan yang kami telah berikan dibawah.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat dengan disertakan bersama-sama salinan berikut :
(i) Kad Pengenalan;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Salinan Diploma dan Transkrip; dan
(v) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis (Personel MySTEP) disebelah kiri sampul.
Permohonan yang telah lengkap diisi serta ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)