MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional | Mereka yang berkelayakan dan berminat jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah program Personel MySTEP yang ditawarkan di Jabatan Perpaduan Negara dan berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan.
MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- Pembantu Tadbir (MYSTEP)
Gaji ditawarkan : RM1,600
Syarat asas permohonan jawatan
Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 17 September 2021.
Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai kemahiran bertutur,penterjemah dan penulisan bahasa melayu dan english yang baik.
Boleh menggunakan microsoft office,excel , power point dan media social.
Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan.
Cara memohon jawatan
Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti
berikut (tidak akan dikembalikan):
a) Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan
b) Salinan sijil SPM serta sijil lain yang berkaitan.
- Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emel ke [email protected] dengan catatan Permohonan Personel MySTEP – Jawatan Pembantu Tadbir.