MySTEP Jabatan perikanan Putrajaya 2022 | Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan dibawah Program Personel MySTEP seperti berikut.
MySTEP Jabatan perikanan Putrajaya 2022
- Pegawai perikanan
Gaji ditawarkan RM2,000 sebulan termasuk KWSP dan PERKESO
Lain-lain Jawatan Kosong dibawah Program MySTEP
Syarat asas permohonan
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 13 May 2022 sebelum jam 5 petang.
Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
Cara membuat permohonan
Semua permohonan MySTEP Jabatan perikanan Putrajaya 2022 hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi yang telah disediakan oleh pihak MOF seperti yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Semasa membuat permohonan sila pastikan anda memasukkan KOD PERMOHONAN seperti berikut (UKK.DOF_PEG/DEG_11-26/4/22 ) dan memilih KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN.
Sila rujuk pada panduan poster banner di pautan yang kami telah berikan berikut untuk memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.