MySTEP Cawangan Media Kesihatan KKM 2022 | Pihak Cawangan Media Kesihatan, Bahagian Pendidikan Kesihatan mempelawa kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan dibawah program personel MySTEP yang ditawarkan berikut.
MySTEP Cawangan Media Kesihatan KKM 2022
- MySTEP Gred 41
Gaji ditawarkan RM2,000
Lokasi : Putrajaya
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 8 Mei 2022.
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Komputer atau bidang yang berkaitan.
- Telah mendapatkan dos imunisasi covid 19 yang lengkap.
Keperluan Khusus
- Berpengalaman dalam MySQL sekurang-kurangnya 2 tahun
- Berpengalaman dalam CMS Joomla dan WordPress sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Berpengetahuan dalam PHP sekurang-kurannya 2 tahun.
Cara memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menghantarkan resume anda berserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan , sijil vaksinasi , salinan sijil yang berkenaan dan dokumen yang telah disahkan ke alamat [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 08 Mei 2022 ( Ahad)
Anda juga boleh membaca Panduan Permohonan Jawatan MySTEP Melalui Email di pautan telah kami berikan berikut untuk memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.