My Bayar Saman Aplikasi Mudah Bayar Saman Tanpa Caj Perkhidmatan

My Bayar Saman Aplikasi Mudah Bayar Saman Tanpa Caj Perkhidmatan (1)

My Bayar Saman Aplikasi Mudah Bayar Saman Tanpa Caj Perkhidmatan | Bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran saman secara atas talian pihak Polis Diraja Malaysia kini telah membina satu aplikasi yang dinamakan MyBayar Saman.

Aplikasi ini adalah untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran saman trafik dengan mudah terus kepada PDRM secara atas-talian.

Pengenalan Aplikasi ini juga adalah selari dengan usaha kerajaan didalam mendigitalkan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan bagi memudahkan seluruh rakyat malaysia membuat urusan terus secara online.

Cara memohon jawatan kosong PDRM ( Baca disini )

Selain daripada itu aplikasi MyBayar Saman membolehkan anda membuat semakan dan membayar saman tanpa sebarang caj Perkhidmatan seperti yang dilakukan sebelum-sebelum ini daripada pihak ketiga.

Buat masa sekarang anda boleh membuat pendaftaran MyBayar saman melalui laman web yang kami telah sediakan atau muatturun aplikasi Mybayar di Android.

Untuk Pengguna IOS anda diminta untuk bersabar pihak PDRM akan membuat kemaskini dari masa kesemasa.