Monday, September 25, 2023
HomeUncategorizedLazada Malaysia Penipu benarkan ?

Lazada Malaysia Penipu benarkan ?

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Lazada Malaysia Penipu benarkan ? | Beberapa tahun dahulu (zaman dahulu kala) kita pernah digemparkan tentang cerita-cerita penipuan oleh lazada malaysia dimana kebanyakkan mangsa mengadu barang yang dibeli dihantar dalam tempoh masa yang sangat lama, barang dihantar rosak dan tersilap dan lain-lain lagi namun begitu kami disini bukanlah ingin bercerita tentang lazada masa lalu tetapi ingin menceritakan kepada anda lazada masa kini.

Lazada Malaysia Penipu benarkan?

Untuk pengetahuan anda berdasarkan pengalaman admin sendiri lazada 2016 adalah sebuah laman jual beli yang sangat-sangat boleh dipercayai di malaysia dan admin tidak pernah mengalami sebarang masalah penghantaran barang lambat walaupun kadang kala barang yang di beli adalah dari luar negera.

Penghantaran Pantas dari Lazada

Selain daripada itu lazada juga kini memperkenalkan penghantaran pantas dimana jika anda order sebelum pukul 1 petang anda akan memiliki barang tersebut dihari yang sama dengan mengunakan High Speed Delivery jadi barang lambat sampai sudah tidak terjadi jika anda membeli di lazada.

Lazada Malaysia

 

Alibaba melabur di Lazada Jumlah $1bilion

Tahukan anda Alibaba adalah sebuah syarikat gergasi dunia daripada china yang menjadi pengeluar kepada pelbagai barang dengan harga yang sangat murah oleh itu kami yakin hasil daripada pelaburan ini kita akan dapat membeli pelbagai product terus dari china dengan harga yang lebih murah.

Jadi dengan jumlah $1billion daripada Alibaba kita semua akan tahu adakah lazada boleh dipercayai atau tidak.Oleh itu hilangkan keraguan anda start shopping di lazada dengan penuh senyuman.

Antara shopping online yang admin berpuas hati membelinya untuk tahun 2016
lazada menipu

 

RELATED ARTICLES

76 COMMENTS

  1. mmg jelas PENIPU pun lazada ni..aku beli bow harga dekat RM180 tp dia bg wax je,cilaka..pastu bg alasan ada lg satu bgkusan yg berisi bow n suh aku tunggu smpi exp date utk claim..cilaka punya seller n lazada..sekor penipu sekor lagi buat bodo je……

  2. Berdasarkan kpd aduan dalam blog ini, saya rumuskan, kebanyakan pembeli:

    1. Tidak baca betul² tempoh tarikh barang sepatutnya terima.

    2. Jika tempoh sepatutnya terima akan tamat pada tarikh akhir yg dinyatakan, anda sepatutnya dengan segera klik butang return and refund.
    Jangan jadi bebal buta kayu.

    3. Sebaik saja dapat barang, semak jika ada kecacatan @ ujicuba dulu (bukan terus bagi rating). Andainya ada barang rosak/defective @ barang yang dipesan lain tetapi terima lain, TERUS KLIK RETURN & REFUND. Ambil gambar sebagai bukti dan sertakan semasa buat tuntutan refund.

    4. Menghantar barang rosak/cacat/defective atau menghantar pesanan barang yang salah kepada pembeli adalah DOSA / KESALAHAN BESAR bagi penjual. MEMANG KAW² SYARIKAT JUALAN ONLINE AKAN KENAKAN HUKUMAN.

    5. Bagi kategori kes barang salah hantar @ barang rosak/defective, pengalaman saya, sebaik sahaja anda klik butang return and refund dan sertakan gambar, biasanya Lazada bagi notis pemberitahuan pada anda:
    ” barang tidak perlu dikembalikan dan permohonan refund anda sedang diproses serta merta”.

    Tadaa…. anda bukan je dapat duit semula, tapi barang pun boleh pakai percuma.

    6. Sebelum Alibaba ambik, Lazada memang service dia bangsat tetapi sekarang dah okey pengurusan sistem online dan sistem penghantaran barangnya.

    7. Jadi belajarlah jadi pengguna yang agresif (pertahankan hak anda) bukan jadi pengguna bodoh bendul tak tahu nak ambil step apa, tak tahu nak buat apa dan bodoh² jenis lain lah.

    8. Kerana teruja & kerana teringin memiliki sesuatu benda, pembeli melanguk je sampai kena bodohkan tak tahu berbuat apa² & tak tahu bertanya kat otai². Hehehe.

    9. Tengok rating dan komen² pembeli lain sebelum anda add cart anda dan petah lagi, cepat je nak klik bayar.
    Memang kesalahan serius kpd pembeli jenis camni.

    10. Ada penjual very professional dan ada segelintir penjual ingat kita masih duduk zaman batu senang nak ditipu.

    11. Ini adalah pengalaman saya belibelah online di AliExpress, Lazada, shopee, gearbest dan 11street.

    12. Mostly, semua penjual online yang saya belibelah adalah profesional (sbb mereka nak jaga rating mereka) tetapi ada 2-3 kerat je ingat nak tipu kita, tapi kita kasik dorang menyesallah nak mainkan kita. Sebab tu kena ada sikit knowledge hak anda dan jangan takut atau malu² nak guna butang RETURN AND REFUND.

    13. Oh hampir terlupa, bila anda tuntut refund, biasanya lazada @ lain² pusat jualan online SAMADA mereka pulangkan wang direct ke akaun kad kredit anda @ mereka pulangkan dalam E-wallet anda (anda kena daftar satu akaun bank simpanan/semasa anda dalam E-wallet)

    14. Biasanya kes beli n bayar pakai cara FPX (tunai online), mostly mereka akan masukkan jumlah tu kat E-wallet kemudian dpd menu E-wallet tu anda boleh withdrawal pindahkan ke akaun bank yang anda daftar tadi.

    Tadaa… tak sampai 24 jam sehingga 3 hari wang dah dimasukan / dipindahkan dalam akaun bank anda.

    15. Tapi kes Lazada, biasanya system akan hantar mesej ke HP dan emel & minta no akaun anda.
    AWAS!!! Jangan melayan sebarang panggilan telefon kononnya daripada Lazada jika mereka meminta no akaun anda secara telefon!
    Pastikan anda hanya melayan emel rasmi Lazada (cek betul² alamat emel lazada) bila anda terima emel daripada Lazada yang meminta anda membalas dan memberikan nombor akaun anda ye (biasanya mereka bagi klik pautan – pun semak betul² ianya pautan rasmi Lazada ye, DOUBLE CEK KAN DAH). Caranya: kembangkan alamat emel Lazada tu, jika tertulis alamat pelik ² itu sah² emel scam, bukan lazada).

    16. Bagi barang yang dinyatakan tiada warranty, ada setengah kedai bagi tempoh 7 hari, 14 hari untuk pulangkan balik barang jika anda tidak berpuashati. Contohnya, kalau rasa size kasut tak muat (anda pilih 44) dapat saiz pun 44 tapi tak muat padahal anda pilih size standard international spt yang dinyatakan oleh penjual, hah, cepat² klik return and refund, cepat² bungkus dan pos ke Lazada semula (KALAU BELI SIZE 44, DAPAT SAIZ 40, ITU DIKIRA KATEGORI BARANG SALAH HANTAR YE, KLIK REFUND DAN TUNJUK GAMBAR, GERENTI DUIT DAPAT BALIK, KASUT SAIZ 40 TU SEDEKAHLAH KAT SAPE²).

    17. Jika kes return & refund (untuk kategori kes tertentu), Lazada akan suruh kita print label, tampal kat sampul barang kita nak poskan dan free postage ye (Lazada dah bayarkan siap dengan nombor tracking poslaju kat label print tu).

    18. Kalau shopee, pun ada print² label bagi kategori kes tertentu iaitu shopee
    akan bagi notis pemberitahuan dan arahkan kita poskan ke alamat penjual terbabit dan pakai duit sendiri dulu poskan.

    19. Sebelum serahkan kat kaunter, ambil gambar print label kat bungkusan anda tampal tu, gambar keratan poslaju yang dah masuk sarung plastik tu & gambar resit bayaran pos (gambar biar terang dan jelas ye) kemudian emelkan ke shopee (tulis kat tajuk: fee shipping return request).
    Tak payah tulis jela jela pun. Cukup cakap: disertakan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

    20. Tadaa, 1-3 hari duit poslaju kita dpt balik (shopee perlukan anda daftar akaun bank simpanan dalam E-wallet ye sebelum anda boleh withdrawal ke akaun bank anda).

    21. Tapi bagi kes² barang defect / rosak / cacat atau salah hantar barang, claim refund dan barang yang anda terima juga dapat percuma!
    Bezanya kes camni bila anda klik refund, shopee takdak bagi arahan print label dan tak suruh pos ke alamat penjual, maka anda fahamlah, tak perlu pos barang tu kat penjual.

    22. Jika penjual minta pulangkan barang kat mesej room anda, buat donno jelah kecuali anda tak sampai hati, cakap kat penjual, nak pos semula boleh, tapi bayar dulu bayaran poslaju kat akaun anda, baru anda proceed poskan barang! JANGAN KENA TEMBERANG DGN PENJUAL TAPI JANGAN PULA ANDA TEMBERANG PENJUAL LEPAS DIA MASUKKAN DUIT BELANJA POS. NANTI BOLEH JADI KES POLIS IAITU TIPU.

    23. kalau tak pasti samada barang kena pulangkan atau dapat percuma SEBAB TAK FAHAM MESEJ ARAHAN SHOPEE, telefon shopee dulu untuk bertanya (11street pun bagus khidmat pelanggan dia, mesra… Tak faham tanya ye).

    24. Bagi AliExpress, jika ada open dispute apa² bagi kes normal, biasanya saya buat pilihan tidak pulangkan barang, maka saya akan claim/bida refund paling tinggi yang AliExpress offer.

    25. Tapi sama jugak kes detective/salah hantar barang @ barang dapat elok tetiba rosak dalam tempoh 15 hari dpd tkh confirm terima barang (warranty spesel AliExpress), bezanya dgn lazada @ shopee @ 11street, pengalaman saya, AliExpress akan bagi kita bida refund antara 0 hingga harga yang telah kita bayar masa beli.

    26. Belum ada kes refund dgn gearbest (Hongkong rasanya pusat online dia) setakat ni sebab barang dapat semua elok sahaja.

    27. 11street pun sama claim refund takdak masalah cuma cara terkini saya tak pasti (jika berubah) sebab dah lama tak belibelah di 11street.

    Saya suka shopee kecuali kalau cari kat shopee takdak, baru pergi Lazada, takdak jugak yang saya kenan baru pergi cari kat AliExpress @ gearbest.

    (Tapi AliExpress pun boleh tahan rega dia, mahal gila dah sekarang. Kadang² beli pakai orang tengah di shopee @ Lazada lagi murah dapat dpd direct beli dgn AliExpress – certain baranglah).

  3. Pembetulan:
    Shopee ada bagi label print tapi belanja pos bayar dulu, claim dgn shopee kendian.
    Jika shopee xdak bagi arahan print label dan suruh hantar ke alamat penjual, dah sah sah terang maksudnya claim refund Dan barang tidak perlu dikembalikan.

    Harap.maklum.

  4. Based kpd aduan dalam blog ini, saya rumuskan, kebanyakan pembeli:

    1. Tidak baca betul² tempoh tarikh barang sepatutnya terima.

    2. Jika tempoh sepatutnya terima akan tamat pada tarikh akhir yg dinyatakan, anda sepatutnya dengan segera klik butang return and refund.
    Jangan jadi bebal buta kayu.

    3. Bila dapat barang yg rosak/defective @ barang yang dipesan lain tetapi terima lain, TERUS KLIK RETURN & REFUND, ambil gambar sebagai bukti dan sertakan semasa buat tuntutan refund tadi.
    Ini adalah kesalahan tak terampun untuk penjual bagi kategori kes barang salah hantar @ barang rosak/defective. Pengalaman saya, biasanya Lazada akan bagi notis pemberitahuan pada anda:
    ” barang tidak perlu dikembalikan dan permohonan refund anda sedang diproses serta merta”.

    Tadaa, anda bukan je dapat duit semula, tapi barang pun boleh pakai percuma.

    3. Sebelum Alibaba ambik, Lazada memang service dia bangsat tetapi sekarang dah ok. Jadi belajarlah jadi pengguna yang agresif (pertahankan hak anda) bukan jadi pengguna bodoh bendul tak tahu nak ambil step apa, tak tahu nak buat apa dan bodoh² jenis lain lah.

    Kerana teruja kerana teringin sesuatu benda, sampai kena sihir tak tahu berbuat apa² (melanguk je mcm orang bodoh kena nasi kangkang). Hehehe.

    4. Tengok rating dan komen² pembeli sebelum add cart anda dan petah lagi, cepat je nk klik bayar.
    Ada penjual very professional dan ada yang ingat kita masih duduk zaman batu senang nak ditipu.

    Ini pengalaman saya belanja online di AliExpress, Lazada, shopee, gearbest dan 11street.

    Mostly, semua penjual di semua online yang saya belanja adalah profesional (sbb mereka nak jaga rating mereka) tetapi ada 2-3 kerat je ingat nak tipu kita, tapi kita kasik dorang menyesallah nak mainkan kita. Sebab tu kena ada sikit knowledge hak anda dan jangan takut atau malu² nak guna butang RETURN AND REFUND.

    5. Oh hampir terlupa, bila anda tuntut refund, biasanya lazada @ lain² samada pulangkan direct ke akaun kad kredit anda @ pulangkan dalam E-wallet anda iaitu anda kena daftar satu akaun bank simpanan/semasa anda dalam E-wallet.
    Biasanya kes beli n bayar pakai fpx (tunai online), mostly mereka akan masukkan jumlah tu kat E-wallet kendian dpd menu E-wallet tu anda boleh withdrawal pindahkan ke akaun bank yang anda daftar tadi.
    Tadaa, tak sampai 24 jam sehingga 3 hari lah nanti dah masuk dalam akaun bank anda.

    Tapi kes Lazada, biasanya akan hantar mesej ke HP dan emel, minta no akaun anda. Awas! Jangan melayan sebarang panggilan telefon kononnya daripada Lazada jika mereka meminta no akaun anda.
    Pastikan hanya melayan emel rasmi Lazada (cek betul² alamat emel lazada) bila anda terima emel daripada Lazada yang meminta anda membalas dan memberikan nombor akaun anda ye.

    5. Bagi barang yang dinyatakan tiada warranty, ada setengah kedai bagi tempoh 7 hari, 14 hari untuk pulangkan balik barang. Kalau rasa size kasut tak muat ke walaupun anda pilih size standard international spt yang dinyatakan oleh penjual, hah, cepat² klik return and refund, cepat² bungkus dan pos ke Lazada semula.

    Lazada akan suruh kita print label, tampal kat sampul barang kita nak poskan, free je pos tu (untuk kategori kes tertentu).

    Kalau shopee, takdak print² label. Sama macam Lazada, bagi kes² barang defect atau salah hantar barang, claim refund dan barang tu simpan percuma.

    Tapi jika claim return n refund bagi kes lain, shopee akan bagi notis pulangkan ke alamat penjual terbabit, pakai duit sendiri dulu poskan (kalau tak pasti samada barang kena pulangkan atau simpan percuma, telefon shopee dulu sbb shopee takde notis cam lazada suruh simpan je barang kalau kes barang detective/salah hntr barang)

    Sebelum bagi kat kaunter, ambil gambar sampul poslaju dan resit bayaran pos (terang dan jelas ye), emelkan kat shopee.

    Tadaa, 1-3 hari duit pos dpt balik (shopee perlukan anda daftar akaun bank simpanan dalam E-wallet ye sebelum anda boleh withdrawal ke akaun bank anda).

    Bagi AliExpress, jika ada open dispute apa² kes, biasanya saya buat pilihan tidak pulangkan barang, maka akan claim/bida refund paling tinggi yang AliExpress offer.

    Tapi sama jugak kes detective/$alah hantar, pengalaman saya, AliExpress akan bagi kita bida refund antara 0 hingga harga sebenar kita bayar.

  5. Based kpd aduan dalam blog ini, saya rumuskan, kebanyakan pembeli:

    1. Tidak baca betul² tempoh tarikh barang sepatutnya terima.

    2. Jika tempoh sepatutnya terima akan tamat pada tarikh akhir yg dinyatakan, anda sepatutnya dengan segera klik butang return and refund.
    Jangan jadi bebal buta kayu.

    3. Bila dapat barang yg rosak/defective @ barang yang dipesan lain tetapi terima lain, TERUS KLIK RETURN & REFUND, ambil gambar sebagai bukti dan sertakan semasa buat tuntutan refund tadi.
    Ini adalah kesalahan tak terampun untuk penjual, barang salah @ rosak biasanya Lazada akan bagitahu pada anda ” barang tidak perlu dipulangkan dan permohonan refund anda sedang diproses”.

    Tadaa, anda dapat duit semula dan barang tersebut dengan percuma.

    3. Sebelum Alibaba ambik, Lazada memang service dia bangsat tetapi sekarang dah ok. Jadi belajarlah jadi pengguna yang agresif (pertahankan hak anda) bukan jadi pengguna bodoh bendul tak tahu nak ambil step apa, tak tahu nak buat apa dan bodoh² jenis lain lah.

    Kerana teruja kerana teringin sesuatu benda, sampai kena sihir tak tahu berbuat apa².

    4. Tengok rating dan komen² pembeli sebelum add cart anda dan petah lagi, cepat je nk klik bayar.
    Ada penjual very professional dan ada yang ingat kita masih duduk zaman batu senang nak ditipu.

    Ini pengalaman saya belanja online di AliExpress, Lazada, shopee, gearbest dan 11street.

    Mostly, semua penjual di semua online yang saya belanja adalah profesional (sbb mereka nak jaga rating mereka) tetapi ada 2-3 kerat je ingat nak tipu kita, tapi kita kasik dorang menyesallah nak mainkan kita. Sebab tu kena ada sikit knowledge hak anda dan jangan takut atau malu² nak guna butang RETURN AND REFUND.

    5. Oh hampir terlupa, bila anda tuntut refund, biasanya lazada @ lain² samada pulangkan direct ke akaun kad kredit anda @ pulangkan dalam E-wallet anda iaitu anda kena daftar satu akaun bank simpanan/semasa anda dalam E-wallet.
    Biasanya kes beli n bayar pakai fpx (tunai online), mostly mereka akan masukkan jumlah tu kat E-wallet kendian dpd menu E-wallet tu anda boleh withdrawal pindahkan ke akaun bank yang anda daftar tadi.
    Tadaa, tak sampai 24 jam sehingga 3 hari lah nanti dah masuk dalam akaun bank anda.

  6. saya tak dpt brg stlh 1 bln setengah membelinya…ditipu oleh pemandu ninjavan yg hantar parcel krn x dihantar..aduan kpd ninjavan..aduan kpd lazada…aduan kpd gte shop…tak berhenti buat aduan demi aduan ttp rekod lazada parcel delivery 5.11.2018…sblm ni rekod delivery 15.11.2018…berubah2 rekod…ttp parcel langsung tak terima lg

  7. Kalau ada seller yg menipu macam mana pulak nak pupuskan dari lazada. Dia orang tawarkan barang dengan harga sangat murah tapi kena berhubung terus, dia orang siap bagi no. Wa

  8. Saya juga pelanggan tetap di lazada, tapi sayang sekarang banyak penipu yg berjualan di lazada.Menawarkan barang dengan harga murah, tapi kena berhubung terus dengan seller tu.Beberapa hari yang lalu baru terkena, lesap duit aq Rm. 600.Memang pun bukan salah Lazada tapi macam mana agar seller ini punah dari lazada agar jangan banyak yg tertipu.

  9. Tiada cara lain selain drp komplen dgn lazada. Tu pun lazada macam nak tak nak layan. Takpe, cuba contact lazada. Jgn biarkan isu lama sgt. Nnt lazada kata kes dah tutup. Kalau dia kata dah tutup dia takkan peduli lagi. Anda boleh buat aduan ke kpdnkk.

  10. Macamana saya nak reach out to supplier kerana tiada column Chat untuk saya trace barang yang saya beli dari 11.11.2018.

    Also notification akan smpai 12-11 hingga 18.11 tetapi sehingga hari ini barang tidak sampai lagi..
    Di mana perlu saya mengadu terutama nya supplier yang tiada column chat.

    Barang2 yang baru di beli selepas 11.11 boleh di katan separuh sudah sampai
    ..

  11. Baru-baru ni saya order 4 kotak Triple-T Dr Azlan berharga RM360. Dalam gambar produk tu ada ditunjukkan Free Gifts.. ada 3 free gifts sumuanya. Tapi bila barang sampai pada 12/11/2018, free gifts tidak disertakan. Ini pun merupakan satu jenis penipuan.

  12. Saya sudah beli barang di lazada, sebelum beli saya sudah tanya stok ada tak, store cakap stock ready, saya order dan saya bayar via molpay HL bank, lepas tu saya tunggu tak ada kabar lagi, barang sudah di hantar apa belum.. Saya cek di lazada ternyata barang sudah dihapus dari lazada, number tracking saya juga tak bisa di cek.. Macam mana apakah ini penipuan,, ada yang tahu tak call center lazada malaysia..?

  13. Saya beli smart tag dan telah mbuat bayaran secara online sejurus sy order brg tu..yg bertarikh 18 September 2018..tapi sampai sekarang saya masih tak terima barangnya…mcmn ni????…

  14. Terbaru aku terkena,..aku oder barang berjumlah rm334.30, transaksi cancell tp duit dalam akaun aku kena potong pada 14 sept 2018 dan pd 16 sept 2018 jumlah yang sama..600++ duit aku lesap mcmtu je, bila kol lazada diorang minta no transaksi bank dan banyak cerita…Haram Jadah anonymous cakap tak kenyang makan duit customer macamtu,…kalau 100 orang terkena 100=??

  15. pada 14 ogos 2018 saya oder memory card kingstones 64gb. harga rm50 pihak lazada cakap xde stok dan nak refund blk.. saya dah bg no akaun tp sampai skrg duit x dpt2.. camne plak kes nie.. btl2 x puashati la

    • Aku pun mangsa e-wallet juga,beli brg dan brg dah dpt,tp xde update brg dah delivered,tetiba je lazada cancel order dan refund duit dlm e-wallet,dan seller pun terus chat aku minta transfer duit dlm akaun bank dia,masalahnye..wallet aku tak boleh nk activate wallet sbb phone number x boleh verify,no telefon dah diguna oleh akaun lain,kepala hotak dia..dah byk kali buat aduan ttp xde penyelesaian,So mcm mana aku nk bank in balik duit yg diorg refund klu duit yg ada dlm tu pun aku langsung x boleh guna,untuk makluman sebelum kes yg ni pun dah beberapa kali juga diorg refund duit sbb seller x antar brg..byk la duit dlm wallet aku tu,ada expired date pula tu,last2 bila dah expired lazada sng2 je dpt duit free

  16. Alhamdulillah Setakat ni ok jer… order selalu dapat..harga murah dan puashati.. saya nak cadangkan kat lazada banyakkan produk aksesori motor.. kalau boleh lengkap komponen motor setiap model

  17. Ada sorg seller dkat lazada.. dia tak trima bayaran melalui lazada.. dia mnx berhubung direct melalui wassap.. byaran jgk direct melalui dia.. adakah kemungkinan scammer?

  18. #205761162324418
    Placed on 18 Aug 2018 12:48:57
    Ikut Lazada, barang akan terima 24.08.2018 hingga 29.08.2018 ( barang luar negara )
    Sampai sekarang belum dapat lagi.
    hancai betul Lazada ni
    Aku rasa nak batal je

  19. Lazada penipu!
    Harangue tak sampai tetapi reply delivered, mahupun telah hantar email menanyakan status dan siapa penerima, mereka terus delete conversation tersebut.

  20. Thread ni aku rasa dibuat oleh salah seorang [ Pekerja Lazada tak pun Balaci² Lazada ] . Aku percaya LazadaLahanat ni memang kuat menipu, Hari tu aku ada tempah Barangan untuk Akuarium Ikan dengan Filter, Tapi sampai sekarang tak sampai² barangan tu.. Harga kesemua RM300++ . Celaka punya manusia, kalau aku dapat staff diorang memang teruk aku pukul. Tempahan Order 12/1/2018 sampai sekarang tak dapat² . Ijoi 23/6/2018

    • Buat aduan kat KPDNKK secepat mungkin. 300 bukan jumlah kecik. Krn ramai pembeli dan penjual yg kena game dgn lazada tak berani buat aduan sbb tu la lazada berani terus tipu. Pembeli beruntung sikit sbb boleh buat aduan kat KPDNKK. Tapi penjual takda tempat mengadu selain buat repot polis. Buyer order dan bayar kpd lazada, pastu penjual pos barang. Lepas buyer terima barang baru lazada bayar duit kpd seller. Tapi yg malang lpas buyer terima barang, lazada terus mark status barang jadi “order cancel”. Last2 lazada bukan saja tak mahu bayar duit kpd seller tapi lazada kenakan caj kos postage dan yuran bagai kpd penjual. Hanat betul. Bagus lagi guna shopee.

  21. sbb tu org zaman dedulu beli kt kedai je.. kene tipu pn blh sound terus.. ni kn zaman teknologi penipuan.. nk selamat beli je kt kedai terus.. kalo kedai tu jauh pepandai la pikir sdri.. ni nk nasihat kekawan ngan diri sdri jgk ni.. duit yang berkat ssh nk dicari dan nak menghabiskan memang cepat.. jd bebanyak la besedekah dr nk membeli je.. selamat berfikir..

  22. Aku ada beli kasut dari overseas,semalam beli..dah dpt email semua..dah bayar..td check page seller dah takda..kenapa eh?aduhh

  23. Saya sering tertipu oleh LAZADA kebanyakkan barang yang diiklan sebenarnya tiada dalam simpanan mereka..akhirnya LAZADA hantar barangan bukan oilihan kita. Saya terus buat aduan dengan KPDNKK

  24. Sory to say, shopee lagi senang bab2 refund ni, dah 2x aku cancel order, 1-2 hari duit refund dh dpt balik.. Sistem dorg lebih baik dari lazada. Lazada please take note and improve ur system.

  25. Dorang baru tukar system, ade glitch sikit. Tu ade cancellation kekadang. Sebab system lama dah obselete. Reach out je CS dia dekat contact us dekat website dia tu. Tak kenyang pon Lazada makan duit korang???

    • Sebelom sistem tukar tahun2 sebelum ni kenapa cancel order yg buyer dah terima pastu tak mahu bayar payment kat penjual walaupun bukti penerimaan dan pengesahan dari buyer dah dihantar? Cuba ko jelaskan sikit. Ataupon ko ni staff lazada sbb tu nak backup company ko. Allah saja yg tahu. Jawablah dlm kubur nnt. Aku takkan halalkan duit yg lazada ambik.

    • Dia tu pekerja lazada. Kalau tak macamana dia tahu dan jelas sgt pasal system lazada diperbaharui. Dia dah kenyang makan duit gaji yg dibayar lazada dgn wang haram yg lazada tipu dari pembeli dan penjual. Sekian terima kasih.

  26. Sebagai pengguna anda dilindungi dan boleh buat laporan. Kami sebagai penjual memang tunggu mati bila2 masa sbb ic, no syarikat dan akaun bank kami tlh diberikan pada lazada semasa apply nak jual barang kat lazada. Aku penjual, barang dah diterima oleh pembeli. Selepas pembeli terima barang lazada terus cancel order. Payment dia tak mahu bayar kat aku sbb order dah cancel katanya (pembeli bayar kat lazada dulu, lepas pembeli dpt barang baru lazada bagi duit kat penjual). Akhir tahun dia hantar invoice mintak komisyen pula. Aku cakap duit aku berbakul kat dia pun dia nak mintak komisyen. Aku dah berhenti jual barang dan dah mintak lazada tutupkan akaun aku awal januari 2018. Tapi tetiba hari ni saya terima mesej ada org order barang tapi dah dicancel. Apa ni? Dia nak caj aku cancelation fee lagi ke?

  27. Cara Lazada maen proses Alif Min Wau…Sarkas!!! Modus Operandi

    Pd akhir Dis 2017 Sy ada bli alat electronik berharga RM130++ terima beberapa hari kemudian dgn warranty 1 tahun dan 14 hari return policy.
    Pd 3 Jan 2018 sy pulangkan balik pd lazada sbb alat itu tidak berfungsi sepatutnya.
    24 Jan 2018 Lazada claim buat telah refund cara store credit.
    Dlm media chat online Lazada setuju buat refund cara online banking sbb dia kata boleh
    1 Mar 2018 nya Malang lazada email claim payment bounce (x kan cek lazada tendang pulok) atau akan bagi store credit jika x jwb email dlm masa 24jamsbb Aku dh Dua kali bagi bank detail cara email kenapa nak bg store credit balik ( something a mist dgn Lazada ni) dan lg Bahagian account pun ada buat call minta nama beneficial ,no. akaun, nama Bank dan dan no KP.
    2 Mar 2018 Lazada email yg sama mintak bank detail atau akan diberi store credit.
    5 Mar 2018 media chat Lazada claim dh buat transfer online banking. Bila aku minta proof of payment spt Ref No. atau no cek malang lg staf ckp klu lazada dh berjaya buat payment baru htr proof of payment dan pelik nye minta kita pulok berurusan dgn bank tanpa ada bahan rujukan proof of payment.
    6 Mar 2018 Lazada notis email akan credit akaun cara online banking 7 hari bekerja
    6 Mar 2018 lazada bagi email case no. dan notis Pending refund 2 hari bekerja
    6 Mar 2018 lazada notis on-line bank minta masa hingga 3 hari bekerja
    12 Mar 2018 media chat Lazada kata lagi 3 hari bekerja baru clear payment. Pastu minta kita check dgn bank. Bila minta proof of payment dia tny ada tak diberitahu payment bounce lg…. mintak alternatif bank akaun atau no akaun sedara mara yg dipercayai..INI LAGI KEJE MENGARUT APSAL NAK LIBAT THIRD PARTY URUSAN CLAIM. BENDA SIMPLE. MCM NIE SYARIKAT MILIK ASING BUAT WARGA MSIA.
    [TAHAP INI TRUST NO MORE LAZADA..MANA ADE DLM UNDANG UNDANG GUNA THIRD PARTY ACCOUNT DLM BUAT CLAIM – NAMPAK TAK LAZADA NAK PERANGKAP RAKYAT MSIA]
    Akhir aq merayu minta store credit dan lazada pun setuju ….JANJI 2 HARI LULUS TP SAMPAI SKG XDE PUN STORE CREDIT …
    [AKU JANGKA LAZADA TGH NAZAK NAK KAUT SEBYK DUIT MKN DUIT RAKYAT MSIA]
    Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama-lama Mcuri

    NASIHAT AKU Nak shopping online bole jika anda percaya merchant akan JUJUR DAN AMANAH & FULLFILL ORDER… shopping online setakat mana mampu utk rugi jika barang tak sampai atau rosak. X perlu lah return dan hrp warranty mmg tak akan ada.!!! Kat lazada ni ada gak Seller Lokal trus ajr beli dipremis kedai mereka sbb mereka akan jual lg murah sbb lazada dh ambik komisyen.

  28. Saya dah order barang pada 14.2.2018..dan lazada kata tarikh last penerimaan barang pada 5 mac..sekarang dah 7 mac…xde ape2 pon…senyap gitu je..mcm mana nie..

  29. Saya ada beli barang di lazada pada 27/02/2018.. Tetapi sampai sekarang saya tak dapat email dari lazada.. Bila saya semak akaun telah didebitkan ke lazada.. Ingin penjelasan boleh.

  30. Sy br beli petpet daypants buy 3 free 1 utk anak sy dgn harga rm86.50.. Dan Seller bgtau 30% less. Sy bli la sbb ingat btul.. Tp rupanya tipu.. Di kedai 1 RM23.90..kalau 4 dan tolak 30% jd RM66.92 aje..

  31. Pg td 21/2/18 sy ada beli sandal kt lazada by m2u..byrn tlh bjaya dibyr tp sy x dpt apa2 emel drpd lazada status byrn sy.. Apa yg harus sy buat ye? Terima kasih

  32. Baru jer nk beli jam ..tp mcm x brpa bk percaya sbb x masuk akal hrga..beza dgn kedai yg lain..org advise jgn beli byk prblm…so x jdi..beli mhl skit asl ada jaminan.

  33. Wan Maznah

    Pada 11/11/2017 saya telah buat order tapi sampai sekarang 16/12/2017 saya masih tak terima barang yg saya order. Order 6 item tapi terima 3 item saja. Email pd saya mengata semua dah deliver. Tapi bila saya call suroh snapshot n semua dah buat. Bila call staff lain jawab n suroh yg sama. kenapa saya mesti buat byk kali…alasannya staff bertukar2. Barang yg saya order adalah kawan satu office. saya dah banyak bersabar tapi kawan2 saya hari2 bising sbb pembayaran dah di buat. Saya mula tak percaya pada lazada kerana penipu….

    • Kalau penjual yg kena tipu dgn lazada pula macamana? Barang dah dihantar dan sudah diterma. Tapi lazada mark status jadi order cancel. Bayaran pun tak dpt diprocese sbb dah kensel katanya. Siap suruh saya bayar cancelation fee. Kalau tak silap dulu lazada kata seller akan bayar cancelation fee kalau seller sendiri yg cancel order yg sudah dibayar oleh buyer. Ni buyer dah dpt barang pastu lazada sendiri yg cancel.

        • Sudah hubungi lazada. Lazada kata dorang bertindak mengikut sistem dorang. Once sistem dah cancel payment tak boleh buat dah walaupu saya dah wasap pengakuan penerimaan order dari buyers. Makin byk email kita hantar last2 minta maaf saja dorang cakap sbb tak boleh buat apa2. Sah2 menipu. Menyesal tak dengar cakap seller yg dah kena

          • gkerjaya tu tak boleh tolong jawabkan dah..diam dia terus..
            dia buat thread ni ntah2 dibayar.
            tak pun kerja kat lazada.
            agent lazada nak baikkan nama lazada.

      • Saya seller juga.
        Lazada tak bayar lepas Barang jual dan hantar.
        Lazada juga overcharge shipping fee dengan seller. Kan Kata shipping fee buyer Yang bayar?!
        Contoh Harga jualan RM50.00.
        Bila buyer beli , Tax invoice generate daripada system Lazada RM50.00+RM2.50.00(Shipping fee)=Rm52.50

        Lepas seller hantar Itu barang , akhir bulan kena bill daripada Lazada Untuk shipping fee RM100.00plus plus….Untuk Barang Yang sama.
        Bukan sahaja duit tak dapat balik Tapi kena hutang dengan Lazada……

  34. 03sep2017 beli barang..lazada cancel sbab ada masalah teknikal..janji nk refund duit..detail bank dah bg tpi sampai 22nov2017 @ 8:30am lazada tiada buat pembayaran..???

  35. sy terima sebuah laptop (refurbish) semalam 18/11/2017 tapi tak brpuashati dengan nya.. bagaimana nak pulangkan semula n dapatkan refund utk membeli laptop yg baru (new). tanpa terpaksa menunggu lama kerana nak guna laptop dgn segera

  36. Saya ada membesan barangan di lazada pada 21 okt 2017 dan telahpun membuat buat bayaran kpd lazada secara atas talian, dan ianya successfull. Tp mengapa sehingga kini sy masih x dapat confirmation order through sms or email???? Sy telah berhubung dgn lazada through email, tapi masih belum ada return apa-apa…

  37. Saya adalah pelanggan tetap lazada, tapi sejak kebelakangan ni barang yg saya beli melalui lazada semua nya cancel tetapi account telah didebitkan. Alasan diberi kerana kesilapan harga oleh Lazada.
    Perkara ini telah berlaku banyak kali kepada saya, klu tak silap dah lima kali,termasuk pada baru baru ni,9.8.2017.
    Saya ingin penjelasan sebelum saya acukan complain ke persatuan pengguna.

  38. Saya no komen cuma saya nak tanya bolih ke jika kami nak beli barangan d lazada warehouse secara datang terus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments