Latihan separa Perubatan SPA | Peluang terbuka kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkerja di Kementerian Kesihatan Malaysia anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi menjalani sesi latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Berikut adalah maklumat pengkhususan yang ditawarkan:-
Latihan separa Perubatan SPA
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah warganegara malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya SPM.
- Berusia tidak kurang daripada 17 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 9 Julai 2017 bagi sesi pengambilan ini.
Maklumat Program
- Latihan akan dijalankan selama 3 tahun ( bertaraf diploma)
- Anda akan diberikan elaun RM835.57 setiap bulan sepanjang tempoh latihan.
Cara memohon
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA).
- Sebelum anda menghantarkan sebarang permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat diri anda dengan lengkap dan tepat sila rujuk Panduan Permohonan Lengkap Jawatan Kosong Kerajaan.
Sila mohon dengan menggunakan server dibawah:-
Server 1) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Server 2) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp