Kerjaya Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) | Pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ingin mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk segera membuat permohonan bagi jawatan yang ditawarkan seperti berikut.
Kerjaya Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
- PEGAWAI PEMERIKSA PATEN GRED IP8 – 2 KEKOSONGAN (KONTRAK)
Gaji: RM2,954.00
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 28 October 2016.
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf.
- Maklumat Lanjut boleh dibaca di file pdf yang telah kami sediakan pautannya
Cara membuat permohonan
- Calon yang berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan borang permohonan yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) atau anda boleh terus muatturun di pautan yang telah kami sediakan dibawah.
- Borang hendaklah diisi lengkap dan disertakan bersama-sama dengan sijil-sijil yang diperlukan dan gambar berukuran passport.