Kerja Terkini Polis Bantuan Syarikat Air Darul Aman | Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk berkerja sebagai Konstabel Polis Bantuan (Lelaki / Perempuan) anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut.
Kerja Terkini Polis Bantuan Syarikat Air Darul Aman
- Konstabel Polis Bantuan (lelaki/wanita) Gred NE2
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 20 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 20 Mei 2021.
- mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
- Lulus Empat mata pelajaran lain termasuk Sejarah diperingkat SPM serta lulus ujian lisan.
Kelayakan Fizikal
- Mempunyai ketinggian 1.63m dan berat 50kg keatas bagi lelaki dan 1.57m dan berat 48kg keatas bagi wanita.
- Mempunyai ukuran dada tidak kurang daripada 81cm normal dan menarik nafas 86cm bagi lelaki sahaja.
- Indek jisim badan (BMI) antara 19 hingga 26
- Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan sila rujuk pada lampiran yang telah kami sediakan pautannya seperti berikut.
Mohon
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan jawatan yang dikeluarkan oleh SADA yang telah kami berikan pautannya dibawah.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan dalam sampul surat berukuran 23cm x 31cm dan disudut sebelah atas kiri hendaklah ditulis nama serta jawatan yang dipohon.