Kerja Terkini Pembantu Operasi Gred N11 | Peluang kerjaya terbuka kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kerajaan di kementerian-kementerian berikut, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Sabah).
Kerja Terkini Pembantu Operasi Gred N11
- Pembantu Operasi Gred N11
Gaji ditawarkan : RM1,216.00 – RM2,983.00
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara permohonan jawatan Kosong SPA9 dengan Betul
Tugas Jawatan
- Membantu melakukan tugas-tugas dalam memudahkan urasn perjalan pejabat.
- Memandu atau menyelenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu kelas B2/B/D/E2/E1/E.
- Bertanggungjawab dalam pelaksanaan tugas-tugas operasi am bersifat hands-ons yang memerlukan keupayaan fizikal mengikut kementerian.
Cara memohon jawatan
Untuk memohon jawatan di kementerian-kementerian kerajaan anda hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telah kami sediakan pautannya dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Hanya mereka yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.