Kerja Terkini Lembaga Urus Air Selangor | Permohonan adalah diperlawa kepada seluruh rakyat malaysia terutamanya rakyat DYMM Sultan Selangor yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan seperti berikut.
Kerja Terkini Lembaga Urus Air Selangor
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Pembantu Tadbir (P/O)
Syarat asas pelantikan jawatan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 22 September 2021.
- Rakyat DYMM Sultan Selangor akan diberikan keutamaan untuk memohon.
- Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang telah kami berikan pautannya seperti dibawah.
Cara memohon jawatan
- Calon hendaklah membuat permohohonan dengan menggunakan Borang Pindaan. LUAS 2/2007 yang boleh dimuatturun di pautan yang kami telah berikan pautannya dibawah.
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta menyediakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Surat Beranak
- Salinan Sijil-sijil Pelajaran yang berkaitan
- Gambar berukuran passport
- Salinan sijil sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
Semua maklumat berikut hendaklah dihantarkan ke alamat seperti yang telah dinyatakan atau anda boleh terus menghantarkan ke alamat email [email protected]
Anda juga boleh membaca panduan permohonan jawatan melalui email yang telah kami sediakan bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan