Kerja Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

0
2535
Kerja Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kerja Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kerja Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia | Kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia anda diperlawa untuk memohon.

Latar Belakang Majikan

Sejarah UPNM telah bermula sejak dari 1 Jun 1995 iaitu sebagai Akademi Tentera Malaysia (ATMA) sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab bagi menjalankan program pengajian di peringkat sarjana muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

UPNM kemudiannya di tubuhkan oleh kerajaan malaysia pada 21 Jun 2006 dan diwartakan pada 10 November 2006 bagi memperluaskan peranan ATMA untuk mengeluarkan graduan-graduan tentera dan awam bagi memenuhi keperluan pertahanan negara.

Senarai jawatan -jawatan kerajaan terkini anda boleh (Lihat di pautan kami sediakan berikut )

Kerja Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

  1. Pensyarah Universiti Gred DS51,DS53
  2. Pegawai Tadbir /Jurutera Gred N41/J41
  3. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
  4. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

Syarat asas permohonan jawatan

  • Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 22 Mei 2020.
  • Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya seperti berikut.
  • Sila pastikan anda membaca dengan teliti syarat permohonan setiap jawatan sebelum membuat permohonan.

Cara memohon

Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan sistem e-recruitment UPNM yang telah kami sediakan pautannya seperti dibawah.

Bagi jawatan akademik, anda hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Akademik
(UPNM.PEND.HRM.001).

Borang permohonan boleh dimuatturun di pautan yang kami berikan pautannya dibawah.

Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantarkan bersama-sama dengan dokumen-dokumen seperti berikut:-
a) Resume terkini
b) Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
e) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
f) Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)

Sila pastikan anda membaca dengan teliti arahan-arahan yang telah disediakan bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.

Mohon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.