Kerja Kosong Pegawai Penjara Gred KA19

2
3354
Kerja Kosong Pegawai Penjara Gred KA19

Kerja Kosong Pegawai Penjara Gred KA19 | Kepada warganegara malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Jabatan Penjara Malaysia anda diperlawa untuk mengikuti beberapa langkah mudah dibawah untuk memohon.

Kerja Kosong Pegawai Penjara Gred KA19

  1. Pegawai Penjara gred KA19

Gaji ditawarkan : RM1,360.00 – RM3,824.00

Syarat Asas Permohonan jawatan

  • Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan (TERBUKA)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Melepasi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Cara membuat permohonan jawatan

  • Semua permohonan jawatan di Jabatan Penjara Malaysia hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Tips dan panduan permohonan yang betul melalui SPA anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Mohon

2 COMMENTS

  1. Saya seorang Bomba Bantuan ,Saya seorang yang tegas bila melakukan sesuatu operasi,Saya juga akan patuh dengan apa sahaja arahan yang diarah oleh TuanPuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.