Kerja Kosong MySTEP PTPK | Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di bawah program mySTEP, Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan :-
Kerja Kosong MySTEP PTPK
- Pegawai Tadbir (MYSTEP) – Ibu Pejabat
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 18 Julai 2021.
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjan Muda dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) atau Kewangan Islam yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Boleh menyiapkan tugasan dengan pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menghantarkan permohonan ke alamat email berikut [email protected] sila pastikan permohonan anda mengandungi dokumen seperti berikut.
- Resume terkini format nama dokumen: ( Nama anda ) (Nama jawatan )
- Salinan Sijil Akademik : (Nama anda ) (Sijil Akademik)
- Salinan kad pengenalan (Nama anda ) ( Salinan KP)
Anda juga diminta untuk membaca Panduan permohonan jawatan melalui email bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Hanya mereka yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.